Masalah rumah burung di bandar pendekatan win-win situation

August 6, 2008 – 12:22 am

null

2006 sebuah parti politik di Malaysia yang mendaftar rumah burung milik ahli-ahli parti berkenaan. Sebanyak  50,000 premis telah diubah suai menjadi rumah burung. Dalam satu perjumpaan pemimpin parti  politik di Kuala Terengganu, seorang Dato’ mencadangkan supaya rakan- rakannya membina rumah burung sebagai sebagai sumber ekonomi baru mereka. Dato’, ini terkejut bila rakan-rakannya memaklumkan bahawa Dato’ telah ketinggalan kerana sebahagian mereka yang hadir telah pun memiliki rumah burung. Seorang Dato’ memberitahu rakannya seorang kontraktor Melayu yang secara kebetulan memiliki juga rumah warisan di Kampong China, Kuala Terengganu. Dato’ itu yang cukup dikenali di Kuala Terrngganu yang juga bekas exco mempunyai rumah burung bersebelahan rumah warisan kontraktor tadi mempunyai hasil rumah burung bernilai  sebuah perdana V6 setiap bulan. Seorang Dato, yang dikenali di Besut juga memiliki rumah burung yang dikongsi bersama rakannya berbangsa cina di bandar Jertih. Saya dimaklumkan oleh seorang rakan arkitek berbangsa cina bahawa seorang Dato, di Terengganu mempunyai 100 sarang. Saya pada mulanya faham pendapatan Dato’ ini 100 kg sebulan. Andaian saya salah, bukan 100 kg sebulan tetapi Dato’ tersebut mempunyai 100 buah rumah burung walit.

Dalam seminggu dua ini isu rumah burung menjadi hangat di Bandaraya Warisan Persisir Air, Kuala Terengganu. Berikutan naiknya kain rentang di jalan Tok Lam yang yang kecewa kerana konongnya Majlis Bandaraya gagal mengambil tindakan terhadap pengusaha burung.Riyuh rendah dibuatnya, masuk surat khabar masuk TV dan bebagainya. Peniaga bersebelahan premis rumah burung tadi mendakwa perniagaanya merosok kerana ganguan bunyi dan najis burung yang konongnya membawa wabak penyakit selsema burung. Akibat daripada ketegangan tersebut saya dapati suara memanggil burung telah diperlahankan. Pihak berkuasa mula bertegas dan difahamkan akan mengambil tindakan terhadap pengusaha rumah burung tersebut.

Mungkinkah masalah diatas boleh diselesaikan melalui win-win situation. Dimana pengusaha rumah burung tidak kerugian dan masalah ganguan sosial dapat diatasi. Manakala pihak berkuasa mendapat sumber pendapatan baru. Penyelesaiannya tidaklah terlalu sukar dan dapat diatasi bila mana pihak berkuasa mengambil pendekatan yang proaktif dengan mengeluarkan lesen atau permit kepada pengusaha dengan bersyarat. Pertama suara memanggil hendaklah dari jenis yang tidak dapat didengar oleh manusia. Lubang masuk hendaklah ditengah-tengah bumbung bangunan bukannya disisi bangunan. Dengan itu kawasan burung berlegar diatas atap bangunan dan suara memanggil burung tidak akan kedengaran dari bawah. Kedua kerajaan atau pihak-pihak tertentu menyediakan tanah atau bangunan untuk dijual kepada pengusaha supaya dapat memindahkan operasi rumah burung kekawasan luar bandar atau kawasan pertanian. Seharusnya pihak pihak yang mempunyai tanah dan modal seperti badan-badan koperasi mengambil peluang dari isu ini bagi menjana pendapatan. Payah-payah sangat mana-mana majlis daerah yang tidak mempunyai sumber pendapatan libatkan sama dalam industri yang cukup berpotensi ini dengan mejalankan  sendiri industri rumah burung di bangunan miliknya. Saya yakin jika pihak kerajaan terlibat industri walit mampu menjadi sumber ekonomi baru kepada negeri dan negara.

Menunggu kemungculan walit putih untuk sukses dalam membudidaya burung walit.

August 4, 2008 – 11:58 pm

null

Dalam industri burung walit perbagai kepercayaan atau mitos telah ditimbulkan. Antaranya ialah ke munculan walit putih didalam rumah burung. Walit putih dianggap ratu atau raja kepada koloni burung walit. Dipercayai bahawa apabila walit putih bersuara walit walit yang lain kan berhenti bersuara seolah olah mendengar arahan dari ketuanya. Lantaran itu rumah burung yang didiami oleh walit putih akan ditawarkan dengan harga yang tinggi sehingga jutaan ringgit. Tetapi apakah walit putih suatu reality atau hanya mitos sahaja. Ada yang mendakwa pernah melihat kemunculan walit putih melalui rakaman CCTV yang dipasang dalam rumah burung. Pakar walit Indonesia Pak Hendri Mulia tidak menafikan wujudnya walit putih ini. Ia boleh terjadi akibat line breeding dalam rumah burung yang mencapai tahap perkembangan  yang maksima. Kebiasaan terjadi dalam rumah burung yang berpopulasi besar. Namun begitu rumah yang baru pun ada kebarangkalian terjadinya walit putih melalui kaedah putaran telur dengan sumber telur di perolehi dari rumah burung yang telah mencapai tahap optimal.

Kerana hebatnya walit putih ini ramai pembudidaya walit mengharapkan kemunculannya. Lantaran itu mereka akan menunggu dan terus menunggu untuk berjaya. Di waktu yang sama ada yang sanggup berterusan menunggu walhal teknik yang digunakan adalah teknik yang tidak betul malah lebih malang lagi apabila ada pihak yang tidak tahu telah mengambil pendekatan dengan meniru pakai teknik desain yang ternyata sudah salah sebagai contoh pembinaan struktur atau desain bahagian dalaman rumah burung yang mungkin bersesuaian dengan penginapan manusia atau haiwan lain tapi sebaliknya bersalahan dengan kehendak burung walit. Selepas semuanya sudah selesai dilakukan  dengan cara yang bersalahan kemudian tibalah pula giliran waktu penantian dan di masa ini akan terukirlah satu harapan yang menggunung jika walit bersarang akan nampak kejayaan atau berkeyakinan penuh lambat laun akan bertambah lah emas putih yang terhasil dari rumah burungnya. Maka akan bersabar dan teruslah bersabar, kesabaran yang tidak ubah seperti menantikan kemunculan walit putih.

Apakah tidak mungkin kita mencipta walit putih kita sendiri dengan menggunakan teknologi terkini. Teknik-teknik terbaru secara betul dalam memikat walit jitu harus diamalkan. Menggunakan teknik-teknik baru sepertimana dalam buku karangan Hendri Mulia, terbukti seolah-olah mencipta walit putih dalam rumah burung kita. Gabungan teknik-teknik terbaru Pak Hendri Mulia dengan suara artificial yang dicipta oleh Pak Jeff sepertimana yang didedahkan dalam seminar di Pontianak 19 -20 Julai lalu saya rasakan seolah-olah kemunculan walit putih dalam rumah burung saya di Rhu Renggeh , Marang Terengganu. Terima kasih Pak Hendri dan terima kasih Pak Jeff.

Impian pelabur untuk membangunkan sebuah rumah burung yang sukses

August 4, 2008 – 10:15 pm

Membangunkan rumah burung yang sukses adalah impian semua pelabur. Tetapi bagaimana anda boleh membinanya tanpa ilmu yang mencukupi. Apakah teknologi yang akan digunakan. Bagaimana pula design rumah burung yang terbaik. Bagaimana memilih  material yang akan digunakan. Aroma apa yang akan digunakan. Suara memanggil bagaimana yang berkesan. Sukar untuk membuat keputusan. Nak serah pada konsultan ramai pula yang mengaku jadi konsultan. Jadi tukang rumah ambil upah buat satu dua rumah burung dah mengaku jadi konsultan. Bila ditanya awak dah ada rumah burung sendiri ke. Jawabnya belum ada tapi banyak rumah burung orang saya dah buat. Setengah tu pula baru buat sebuah rumah burung dah mengaku jadi konsultan. Pening juga dibuatnya, tanya konsultan yang lain, jawapannya lain pula. Beranikah anda mempertaruhkan nasib dengan konsultan yang begini.

Mengapa suara yang berkesan pada sebuah rumah burung tetapi tidak berkesan dirumah burung yang lain ditempat lain. Suara yang berkualiti pun jika tersalah pasang sistem audio menjadi tidak berkesan.. Konsultan yang baik tahu membezakan antara sistem mono atau streo. Pemasangan tweeter supaya bunyi menjadi life atau right. Bunyi burung mengambat bersautan boleh dibangunkan melalui  pemasangan sistem yang betul. Memasang tweeter yang betul supaya burung dapat dielak atau dipandu masuk ke nesting room. Tuning suara kena betul, kerana silap tuning suara yang berkualiti pun akan jadi suara tidak berkualiti. Justeru itu pemilihan suara penting. Suara rakaman atau suara artificial yang hendak digunakan. Mampuke anda bersaing dikawasan cetra walit dengan rumah burung yang berjaya sekiranya anda pemain yang baru. Cabarannya cukup hebat sekali. Sekiranya suara yang anda gunakan tidak lebih baik daripada suara yang sedia ada pasti rumah burung anda akan kosong. Kerana suara mempengaruhi 60 % kejayaan rumah burung. 40 % lagi adalah kondisi dalaman yang menghampiri kondisi habitat asal burung walit yang menghuni digua-gua.

Mana lebih berkesan suara artificial atau suara rakaman. Suara artificial adalah suara buatan yang daripada suara asli (rakaman) dan suara tiruan. Kebanyakan rumah burung kami di Terengganu menggunakan suara artificial. Ianya terbukti berkesan. Itu pun jika kondisi dalaman sesuai untuk burung walit. Kondisi yang sesuai bergantung kepada ventilation, suhu , kelembapan, lubang antara lantai dan juga pencahayaan dalam rumah burung.

Jalan penyelesaian rumah burung yang gagal

July 31, 2008 – 3:45 pm

null


Kejayaan industri walit tidak bergantung kepada nasib semata-mata

July 30, 2008 – 3:51 pm

Sebenarnya industri burung walit bukanlah jenis ternakan kerana pengusaha tidak menternak tetapi burung walit datang dan hinggap sendiri. Pengusaha tidak memberi makan dan tidak membelanya dengan memberi makan dan minum serta jagaan penyakit. Kebanyakan pengusaha bergantung kepada nasib semata-mata. Jika bernasib baik akan menghasilkan pulangan yang lumayang tetapi jika sebaliknya amat mengecewakan selepas pelaburan puluhan ribu ringgit dan bertahun-tahun menunggu tidak juga mendatangkan kejayaan.

Dalam 100 orang pengusaha industri burung walit hanya 20 orang sahaja yang sukses. 80 orang lagi masih memperjudikan nasib. Namun begitu 80 orang tersebut masih lagi lumayang kerana dalam industri walit hampir tidak ada kos operasi. Jadi jika hasilnya tidak memberangsangkan ianya masih menguntungkan.

Baru-baru ini saya telah menghadiri satu seminar “ Strategi jitu memikat walet ” yang dsampaikan oleh Pak Hendri Mulia di Pontianak Indonesia. Disana saya berpeluang bertemu dengan pengusaha yang sangat sukses yang memperolehi hasil 50 kg hingga 120 kg sekali pungutan. Namun mereka yang lagi menghadiri seminar untuk mencari ilmu bagi meningkatkan keberhasilan mereka. Ini membuktikan bahawa dalam industri walit bukan nasib atau kebetulan semata-mata. Ianya boleh diusahakan dengan ikhtiar apatah lagi dengan bantuan teknologi yang ada pada hari ini. Teknologi komputer harus dimanfaatkan sepenuhnya.

Dalam seminar tersebut didedahkan teknik-teknik terbaru membudidaya walit. Ianya termasuklah teknik mencipta suara artificial, teknik pengudaraan atau ventilasi, pencahayaan dan lain-lain.

Kegairahan orang disana membangunkan rumah burung walit cukup mengkagumkan saya. Jika hanya memperjudikan nasib semata-mata mana mungkin mereka sanggup membangunkan rumah walit bagaikan sebuah komplek kondominium yang besar. Terdapat rumah walit yang berukura 60 meter X 100 meter setinggi 4 tingkat.

Potensi walit di Vietnam

July 25, 2008 – 12:32 am

Syarikat pengeluar kasut USA telah mehantar wakil untuk meninjau pasaran di negara Afrika. Sebaik sahaja beliau sampai disana didapati pada ketika itu masyarakat pendalaman Arika tidak ada yang memakai kasut. Lantas beliau pulang ke USA melapurkan kepada majikannya bahawa tiada peluang untuk syarikat memasarkan kasut di Afrika  kerana orang Afrika tidak memakai kasut. Selepas itu pihak syarikat menhantar orang lain pula untuk membuat tijauan di Afrika. Sekembalinya wakil yang baru ini terus melapurkan bahawa syarikat mereka mempunyai potensi yang besar untuk memasarkan kasut keluaran mereka ke Afrika kerana tiada persaingan dan orang Afrika boleh dididik untuk memakai kasut.

Semasa jahaniwalit dan rakan-rakan membuat tinjauan di Vietnam didapati di Badar Raya Hor Chi Minh belum kelihatan sebuah pun rumah walit. Sedangkan dilangit diwaktu pagi dan petang kelihatan walit galak memburu makanan. Apakah orang disini tidak tahu akan potensi industri walit ?.

Sama-samalah kita renungkan. Pada saya industri walit disini sangan berpotensi kerana muka buminya yang rendah. Di kawasan luar kota raya pula penuh dengan pepohon hijau yang kaya dengan  serangga untuk makanan walit serta kawasan sungai Mekong yang luas.

Kesilapan artikel berkenaan seminar di pontianak

July 24, 2008 – 11:59 pm

Blogger jahaniwalit.com telah melakukan sedikit kesilapan penulisan dalam topik seminar di Pontianak sebelum ini, oleh yang demikian jahaniwalit.com ingin memohon maaf kepada pihak penganjur seminar Pak Eddy Salim, Bapak Hendri Mulia dan juga Pak Jeff diatas kesilapan artikel bergambar tersebut yang telah menimbulkan sedikit kontroversi. Walau bagaimana pun jahaniwalit.com telah pun memadamkan posting tersebut.

Jahaniwalit.com akan lebih berhati-hati dalam mengeluarkan artikel dimasa-masa yang akan datang bagi menjaga keharmonian pembaca-pembaca yang terlibat.

Sekian, terima kasih.

jahaniwalit.com

Vietnam sedang berkembang pesat membangunkan industri walit

July 24, 2008 – 8:15 am

24 Julai 2008 Ho Chi Minh City Jahaniwalit.com bersama rakan-rakan Pak Jeff dan Zabri berada disini untuk  meninjau potensi walit di Vietnam khususnya berkaitan dengan pemperosesan sarang burung disini. Kami dimaklumkan bahawa industri pemperosesan disini agak kehadapan.

Masa depan industri walit berkembang dari Indonesia ke Malaysia dan seterusnya menuju kenegara membangun yang lain seperti Vietnam dan Filifina. Ini adalah kerana pergerakan burung yang mampu berhijran dari satu tempat ketempat yang lain untuk memburu makanan. Contohnya bila berlaku kebakaran hutan di Kalimantan Indonesia dan juga kemarau yang panjang walit pindah ke daerah lain yang mempunyai makanan ini kerana ia terpaksa bersaing untuk mendapat makanan. Oleh kerana keupayaan walit terbang cukup hebat ia mampu berhijrah dari satu negara ke suatu negara yang lain.

Wali mampu terbang selama 40 jam tanpa berhenti untuk makan dan minum membolehkannya berhijrah dari dari satu kepulauan ke kepulauan yang lain di Indonesia. Begitu juga ia boleh berpindah dari Indonesia ke Malaysia atau Vietnam. Oleh itu pengusaha harus berhati dalam membangunkan industri ini kerana jika tersilap membuat perhintungan pelabur akan mengalami kerugian yang besar.

Apalah gunanya membuat projek yang besar sekiranya ianya tidak mendatangkan pulangan yang besar. Mewujudkan sebuah centra walit yang baru sebenarnya ada pro dan contranya. Ini kerana pembangunan rumah walit dikawasan centra walit kita perlu bersaing dengan rumah walit yang lain. Oleh itu kita perlu pengalaman dan pengetahuan yang terkini sesuai dengan perkembangan teknologi semasa.

Janganlah kita terlalu ego dengan teknologi lama yang kita ada konongnya pengalaman itu adalah segalanya. Tahukan anda untuk belajar dari pengalaman kita tidak perlu melalui sendiri pengalaman tersebut. Memadailah anda belajar dari pengalaman orang lain kan itu lebih bijak dan lebih cerdik. Pengalam orang lain kita gabungkan dengan teknologi yang terkini untuk kita bergerak lebih pastas dalam industri ini.

Oleh yang demikian Swiflet Industry cuba meneroka pengalaman rakan-rakan di Indonesia, Vietnam dan lain-lain negara yang terlibat dengan industri ini. Jahaniwalit.com bersedia berkongsi pengalaman tersebut dengan anda. Tolong jangan cemburui keikhlasan kami.

Seminar Memikat Walet Jitu oleh Pak Hendry Mulia Mendapat Kejayaan Gilang Gemilang di Pontianak

July 23, 2008 – 8:32 am

Pontianak 20 Julai 2008 Sambutan hebat seminar Strategi Jitu Memikat Walet yang dikendalikan oleh   Pak Hendri Mulia  yang juga pengarang buku “strategi jitu memikat walet”. Seminar yang diadakan di Gajah Mada Hotel Pontianak, Indonesia dihadiri oleh 68 orang peserta dari Negara Malaysia, Indonesia dan Brunei. Sekali gus seminar ini juga merupakan perhimpunan atau perjumpaan ahli-ahli forum  Kelab Penternak Walet (KPW) yang cukup popular di Internet dikalangan pengusaha rumah burung walet di Malaysia dan Indonesia .

Penganjuran yang diadakan kali ini adalah lebih mantap berbanding dengan seminar di Pulau Kapas Malaysia pada Mach yang lalu. Tahniah kepada CEO seminar Pak Eddy Salim yang menyusun aturcara seminar begitu baik dan mantap sekali. Seminar pada kali mendapat liputan akhbar (Koran)  dan TV Indonesia.

Rata-rata peserta berpuas hati dan bersetuju memberi ranking yang terbaik berbanding dengan seminar yang pernah mereka hadiri sebelum ini. Menurut Pak Mohamad Yunus di Kuching Sarawak, seminar ini adalah yang terbaik dan pendedahan yang jujur dan ikhlas oleh Pak Hendri. Maklumat yang diberi adalah berdasarkan kajian oleh Pak Hendri sendiri. Bayaran yang dikenakan amatlah rendah berbanding dengan ilmu dan pengetahuan yang diperolehi.

Pak Benchai daripada Miri Serawak secara peribadi memberikan ranking yang paling tinggi dan akan terus menghadiri seminar yang dikelolakan oleh Pak Hendri dimasa akan datang kerana pasti ada maklumat dan tip-tip terbaru dari Pak Hendri.

Pak Abdul Razak Ahli Majlis Daerah Marang berpendapat pegawai pegawai kerajaan patut hadir seminar sebegini untuk mendapat gambaran sebenar industri walet.

www.jahaniwalit.com melaporkan dari Pontianak Indonesia

Merealisasikan impian dari Terengganu ke Dubai

July 12, 2008 – 8:38 am

trgdubai.JPG

Memancing walit menggunakan suara artificial

July 11, 2008 – 6:42 am

artificial.JPG

Usahawan burung walit mencipta suara palsu untuk memancing walit

July 10, 2008 – 6:59 pm

suara-palsu.JPG

YB En Rozi Mamat (Exco Pertanian Terengganu ) galak penduduk ceburi industri walit

July 8, 2008 – 9:06 am

sinar7.JPG

Kerajaan Terengganu Bersedia Menjadikan Daerah Hulu Terengganu Sebagai Lembah Walit - YB Rozi Mamat

July 7, 2008 – 12:39 am

lembah-walit.JPG

Seminar percuma di Hulu Terengganu anjuran Pemuda UMNO Hulu Terengganu

July 4, 2008 – 1:19 am

siminarpercuma.JPG

Memartabatkan bangsa melalui perjuangan ekonomi - melalui industri menternak burung walit

July 2, 2008 – 3:22 pm

ekonomi-melayu.JPG

Beri satu Allah ganti sepuluh (Tidak rugi mengunakan kepakaran konsultan)

July 1, 2008 – 7:10 am

kg-amer.JPG

Terengganu berpotensi sebagai pusat pengeluar sarang burung

June 30, 2008 – 6:47 pm

redang2.JPG

Perjanjian Pengelolaan Rumah Burung Bermasalah Anda boleh hubungi Zabri (0199341226) atau Jeff (0196121212)

June 28, 2008 – 11:22 pm

pengelolaan-rwb.JPG

Che Ibrahim nak bersara awal orang lain nak sambung pencen

June 27, 2008 – 11:29 pm

chegu-him.JPG

Kepada sesiapa yang ingin memetik artikel dari blog ini diharap tidak padamkan sumber asal ia itu www.jahaniwalit.com. Blogger yang beretika tidak menciplak karya orang lain sebagai karyanya. Ingatan untuk semua.

June 26, 2008 – 2:05 am

Kepentingan suara yang jitu bagi memikat walit masuk dan membuat sarang

June 24, 2008 – 11:15 pm

suarajitu.JPG

Pergerakan Pemuda UMNO Hulu Terengganu dengan kerjasama Swiflet Management Industry menganjurkan seminar potensi industri burung layang-layang di Terengganu

June 24, 2008 – 7:29 am

seminar-hulu-umno1.JPG

Azli Hassan (Jeff) Pembicara Tamu Seminar Strategi Jitu Memikat Walet di Pontianak Indonesia

June 23, 2008 – 2:45 pm

pontianak.JPG

Walit bersarang dalam bangunan remang-remang cahaya lilin

June 15, 2008 – 11:47 am

remang-cahaya-lilin.JPG

Potensi Industri Burung Layang-Layang di Terengganu

June 15, 2008 – 11:45 am

peyumbang-hasil-negara.JPG

Walit Eko Park Di Pinggir Lebuhraya Pantai Timur

June 15, 2008 – 11:43 am

eko-park-lagi.JPG

Prospek ekonomi membudidaya burung walit

June 13, 2008 – 9:52 pm

prospek-ekonomi.JPG

Strategi Lautan Biru dalam industri membudidaya burung walit (layang-layang)

June 13, 2008 – 7:30 am

bos.JPG

Kerjasama Pengelolaan Rumah Burung Walit

June 12, 2008 – 2:36 am

pengelolaan.JPG