Impian pelabur untuk membangunkan sebuah rumah burung yang sukses

August 4, 2008 – 10:15 pm

Membangunkan rumah burung yang sukses adalah impian semua pelabur. Tetapi bagaimana anda boleh membinanya tanpa ilmu yang mencukupi. Apakah teknologi yang akan digunakan. Bagaimana pula design rumah burung yang terbaik. Bagaimana memilih  material yang akan digunakan. Aroma apa yang akan digunakan. Suara memanggil bagaimana yang berkesan. Sukar untuk membuat keputusan. Nak serah pada konsultan ramai pula yang mengaku jadi konsultan. Jadi tukang rumah ambil upah buat satu dua rumah burung dah mengaku jadi konsultan. Bila ditanya awak dah ada rumah burung sendiri ke. Jawabnya belum ada tapi banyak rumah burung orang saya dah buat. Setengah tu pula baru buat sebuah rumah burung dah mengaku jadi konsultan. Pening juga dibuatnya, tanya konsultan yang lain, jawapannya lain pula. Beranikah anda mempertaruhkan nasib dengan konsultan yang begini.

Mengapa suara yang berkesan pada sebuah rumah burung tetapi tidak berkesan dirumah burung yang lain ditempat lain. Suara yang berkualiti pun jika tersalah pasang sistem audio menjadi tidak berkesan.. Konsultan yang baik tahu membezakan antara sistem mono atau streo. Pemasangan tweeter supaya bunyi menjadi life atau right. Bunyi burung mengambat bersautan boleh dibangunkan melalui  pemasangan sistem yang betul. Memasang tweeter yang betul supaya burung dapat dielak atau dipandu masuk ke nesting room. Tuning suara kena betul, kerana silap tuning suara yang berkualiti pun akan jadi suara tidak berkualiti. Justeru itu pemilihan suara penting. Suara rakaman atau suara artificial yang hendak digunakan. Mampuke anda bersaing dikawasan cetra walit dengan rumah burung yang berjaya sekiranya anda pemain yang baru. Cabarannya cukup hebat sekali. Sekiranya suara yang anda gunakan tidak lebih baik daripada suara yang sedia ada pasti rumah burung anda akan kosong. Kerana suara mempengaruhi 60 % kejayaan rumah burung. 40 % lagi adalah kondisi dalaman yang menghampiri kondisi habitat asal burung walit yang menghuni digua-gua.

Mana lebih berkesan suara artificial atau suara rakaman. Suara artificial adalah suara buatan yang daripada suara asli (rakaman) dan suara tiruan. Kebanyakan rumah burung kami di Terengganu menggunakan suara artificial. Ianya terbukti berkesan. Itu pun jika kondisi dalaman sesuai untuk burung walit. Kondisi yang sesuai bergantung kepada ventilation, suhu , kelembapan, lubang antara lantai dan juga pencahayaan dalam rumah burung.

Jalan penyelesaian rumah burung yang gagal

July 31, 2008 – 3:45 pm

null


Kejayaan industri walit tidak bergantung kepada nasib semata-mata

July 30, 2008 – 3:51 pm

Sebenarnya industri burung walit bukanlah jenis ternakan kerana pengusaha tidak menternak tetapi burung walit datang dan hinggap sendiri. Pengusaha tidak memberi makan dan tidak membelanya dengan memberi makan dan minum serta jagaan penyakit. Kebanyakan pengusaha bergantung kepada nasib semata-mata. Jika bernasib baik akan menghasilkan pulangan yang lumayang tetapi jika sebaliknya amat mengecewakan selepas pelaburan puluhan ribu ringgit dan bertahun-tahun menunggu tidak juga mendatangkan kejayaan.

Dalam 100 orang pengusaha industri burung walit hanya 20 orang sahaja yang sukses. 80 orang lagi masih memperjudikan nasib. Namun begitu 80 orang tersebut masih lagi lumayang kerana dalam industri walit hampir tidak ada kos operasi. Jadi jika hasilnya tidak memberangsangkan ianya masih menguntungkan.

Baru-baru ini saya telah menghadiri satu seminar “ Strategi jitu memikat walet ” yang dsampaikan oleh Pak Hendri Mulia di Pontianak Indonesia. Disana saya berpeluang bertemu dengan pengusaha yang sangat sukses yang memperolehi hasil 50 kg hingga 120 kg sekali pungutan. Namun mereka yang lagi menghadiri seminar untuk mencari ilmu bagi meningkatkan keberhasilan mereka. Ini membuktikan bahawa dalam industri walit bukan nasib atau kebetulan semata-mata. Ianya boleh diusahakan dengan ikhtiar apatah lagi dengan bantuan teknologi yang ada pada hari ini. Teknologi komputer harus dimanfaatkan sepenuhnya.

Dalam seminar tersebut didedahkan teknik-teknik terbaru membudidaya walit. Ianya termasuklah teknik mencipta suara artificial, teknik pengudaraan atau ventilasi, pencahayaan dan lain-lain.

Kegairahan orang disana membangunkan rumah burung walit cukup mengkagumkan saya. Jika hanya memperjudikan nasib semata-mata mana mungkin mereka sanggup membangunkan rumah walit bagaikan sebuah komplek kondominium yang besar. Terdapat rumah walit yang berukura 60 meter X 100 meter setinggi 4 tingkat.

Potensi walit di Vietnam

July 25, 2008 – 12:32 am

Syarikat pengeluar kasut USA telah mehantar wakil untuk meninjau pasaran di negara Afrika. Sebaik sahaja beliau sampai disana didapati pada ketika itu masyarakat pendalaman Arika tidak ada yang memakai kasut. Lantas beliau pulang ke USA melapurkan kepada majikannya bahawa tiada peluang untuk syarikat memasarkan kasut di Afrika  kerana orang Afrika tidak memakai kasut. Selepas itu pihak syarikat menhantar orang lain pula untuk membuat tijauan di Afrika. Sekembalinya wakil yang baru ini terus melapurkan bahawa syarikat mereka mempunyai potensi yang besar untuk memasarkan kasut keluaran mereka ke Afrika kerana tiada persaingan dan orang Afrika boleh dididik untuk memakai kasut.

Semasa jahaniwalit dan rakan-rakan membuat tinjauan di Vietnam didapati di Badar Raya Hor Chi Minh belum kelihatan sebuah pun rumah walit. Sedangkan dilangit diwaktu pagi dan petang kelihatan walit galak memburu makanan. Apakah orang disini tidak tahu akan potensi industri walit ?.

Sama-samalah kita renungkan. Pada saya industri walit disini sangan berpotensi kerana muka buminya yang rendah. Di kawasan luar kota raya pula penuh dengan pepohon hijau yang kaya dengan  serangga untuk makanan walit serta kawasan sungai Mekong yang luas.

Kesilapan artikel berkenaan seminar di pontianak

July 24, 2008 – 11:59 pm

Blogger jahaniwalit.com telah melakukan sedikit kesilapan penulisan dalam topik seminar di Pontianak sebelum ini, oleh yang demikian jahaniwalit.com ingin memohon maaf kepada pihak penganjur seminar Pak Eddy Salim, Bapak Hendri Mulia dan juga Pak Jeff diatas kesilapan artikel bergambar tersebut yang telah menimbulkan sedikit kontroversi. Walau bagaimana pun jahaniwalit.com telah pun memadamkan posting tersebut.

Jahaniwalit.com akan lebih berhati-hati dalam mengeluarkan artikel dimasa-masa yang akan datang bagi menjaga keharmonian pembaca-pembaca yang terlibat.

Sekian, terima kasih.

jahaniwalit.com

Vietnam sedang berkembang pesat membangunkan industri walit

July 24, 2008 – 8:15 am

24 Julai 2008 Ho Chi Minh City Jahaniwalit.com bersama rakan-rakan Pak Jeff dan Zabri berada disini untuk  meninjau potensi walit di Vietnam khususnya berkaitan dengan pemperosesan sarang burung disini. Kami dimaklumkan bahawa industri pemperosesan disini agak kehadapan.

Masa depan industri walit berkembang dari Indonesia ke Malaysia dan seterusnya menuju kenegara membangun yang lain seperti Vietnam dan Filifina. Ini adalah kerana pergerakan burung yang mampu berhijran dari satu tempat ketempat yang lain untuk memburu makanan. Contohnya bila berlaku kebakaran hutan di Kalimantan Indonesia dan juga kemarau yang panjang walit pindah ke daerah lain yang mempunyai makanan ini kerana ia terpaksa bersaing untuk mendapat makanan. Oleh kerana keupayaan walit terbang cukup hebat ia mampu berhijrah dari satu negara ke suatu negara yang lain.

Wali mampu terbang selama 40 jam tanpa berhenti untuk makan dan minum membolehkannya berhijrah dari dari satu kepulauan ke kepulauan yang lain di Indonesia. Begitu juga ia boleh berpindah dari Indonesia ke Malaysia atau Vietnam. Oleh itu pengusaha harus berhati dalam membangunkan industri ini kerana jika tersilap membuat perhintungan pelabur akan mengalami kerugian yang besar.

Apalah gunanya membuat projek yang besar sekiranya ianya tidak mendatangkan pulangan yang besar. Mewujudkan sebuah centra walit yang baru sebenarnya ada pro dan contranya. Ini kerana pembangunan rumah walit dikawasan centra walit kita perlu bersaing dengan rumah walit yang lain. Oleh itu kita perlu pengalaman dan pengetahuan yang terkini sesuai dengan perkembangan teknologi semasa.

Janganlah kita terlalu ego dengan teknologi lama yang kita ada konongnya pengalaman itu adalah segalanya. Tahukan anda untuk belajar dari pengalaman kita tidak perlu melalui sendiri pengalaman tersebut. Memadailah anda belajar dari pengalaman orang lain kan itu lebih bijak dan lebih cerdik. Pengalam orang lain kita gabungkan dengan teknologi yang terkini untuk kita bergerak lebih pastas dalam industri ini.

Oleh yang demikian Swiflet Industry cuba meneroka pengalaman rakan-rakan di Indonesia, Vietnam dan lain-lain negara yang terlibat dengan industri ini. Jahaniwalit.com bersedia berkongsi pengalaman tersebut dengan anda. Tolong jangan cemburui keikhlasan kami.

Seminar Memikat Walet Jitu oleh Pak Hendry Mulia Mendapat Kejayaan Gilang Gemilang di Pontianak

July 23, 2008 – 8:32 am

Pontianak 20 Julai 2008 Sambutan hebat seminar Strategi Jitu Memikat Walet yang dikendalikan oleh   Pak Hendri Mulia  yang juga pengarang buku “strategi jitu memikat walet”. Seminar yang diadakan di Gajah Mada Hotel Pontianak, Indonesia dihadiri oleh 68 orang peserta dari Negara Malaysia, Indonesia dan Brunei. Sekali gus seminar ini juga merupakan perhimpunan atau perjumpaan ahli-ahli forum  Kelab Penternak Walet (KPW) yang cukup popular di Internet dikalangan pengusaha rumah burung walet di Malaysia dan Indonesia .

Penganjuran yang diadakan kali ini adalah lebih mantap berbanding dengan seminar di Pulau Kapas Malaysia pada Mach yang lalu. Tahniah kepada CEO seminar Pak Eddy Salim yang menyusun aturcara seminar begitu baik dan mantap sekali. Seminar pada kali mendapat liputan akhbar (Koran)  dan TV Indonesia.

Rata-rata peserta berpuas hati dan bersetuju memberi ranking yang terbaik berbanding dengan seminar yang pernah mereka hadiri sebelum ini. Menurut Pak Mohamad Yunus di Kuching Sarawak, seminar ini adalah yang terbaik dan pendedahan yang jujur dan ikhlas oleh Pak Hendri. Maklumat yang diberi adalah berdasarkan kajian oleh Pak Hendri sendiri. Bayaran yang dikenakan amatlah rendah berbanding dengan ilmu dan pengetahuan yang diperolehi.

Pak Benchai daripada Miri Serawak secara peribadi memberikan ranking yang paling tinggi dan akan terus menghadiri seminar yang dikelolakan oleh Pak Hendri dimasa akan datang kerana pasti ada maklumat dan tip-tip terbaru dari Pak Hendri.

Pak Abdul Razak Ahli Majlis Daerah Marang berpendapat pegawai pegawai kerajaan patut hadir seminar sebegini untuk mendapat gambaran sebenar industri walet.

www.jahaniwalit.com melaporkan dari Pontianak Indonesia

Merealisasikan impian dari Terengganu ke Dubai

July 12, 2008 – 8:38 am

trgdubai.JPG

Memancing walit menggunakan suara artificial

July 11, 2008 – 6:42 am

artificial.JPG

Usahawan burung walit mencipta suara palsu untuk memancing walit

July 10, 2008 – 6:59 pm

suara-palsu.JPG