Burung walit adalah hidupan liar yang paling sukar untuk dipikat.
February 2, 2010 – 5:36 am
Burung walit adalah burung yang istimewa, membuat sarang dari cairan sulivanya. Sarang yang dibuat hanya untuk meletakan telur untuk diram oleh induk. Sarang bukan untuk tempat tinggalnya. Burung walit tidur bergayut disarang dan dinding plank atau didinding gua. Tidak bersarang diluar bangunan atau tempat terbuka. Sarangnya mempunyai nilai komersial yang tinggi. Di Indonesia dikenali sebagai burung wallet. Wallet adalah dompet duit. Burung walit adalah burung dopet duit kepada pembudidayanya.
Burung rezeki yang Allah berikan rezeki kepada manusia melalui udara. Namun begitu bagi pembudidaya untuk memikat walit adalah sesuatu yang amat sukar. Burung walit adalah hidupan liar yang amat sukar dijinakan. Hakikatnya untuk memikat walit untuk datang kerumah walit tidak mudah seperti yang disangka kebanyakan orang. Apatah lagi untuk memindah burung walit dari suatu rumah ke rumah yang lain. Kegairahan untuk membangunkan rumah burung walit amat tinggi pada masa ini. Pertumbuhan rumah walit lebih laju dari pertumbuhan populasi burung walit itu sendiri.
Ramai yang kecewa dan putus asa kerana rumah walit yang baru dibina tidak Berjaya memikat burung walit. Ramai yang menyangka buat bangunan kemudian tutup segala lubang yang ada atau jadikan bangunan itu gelap, pasti akan dihuni oleh walit. Banyak reka bentuk dibangunkan untuk rumah walit. Model mana yang terbaik masih memerlukan kajian yang lebih mendalam..
You must be logged in to post a comment.