Keputusan yang tepat dan hebat apabila anda memutuskan untuk terlibat dalam industri walit.
December 26, 2009 – 8:04 am
Banyak pengetahuan dan kemahiran boleh anda pelajari dalam kehidupan ini. Tetapi itu tidak akan bernilai jika anda tidak mempraktikannya. Umpama anda memiliki sebuah Lamborghini yang tersimpan dalam garage kereta anda. Memanglah Nampak hebat dan gah berkilat besinar banar. Hebat dan gah itu benar-benar bermakna bila hanya ia membawa anda meluncur dijalan raya.
Nilai diri adalah sebahagian daripada masalah yang dihadapi kebanyakan manusia. Jika anda tidak terasa nilai diri anda hebat. Anda akan merasa rendah diri. Oleh itu kita perlu menghargai diri sendiri. Walau bagaimana pun pengaruh masyarakat sekitar akan menyebabkan kita terpaksa menunjukkan kehebatan yang ada. Untuk meningkatkan nilai diri dan mencapai matlamat hidup kita terpaksa mempelajari beberapa kemahiran, dengan menghasilkan beberapa perbezaan dengan orang lain.
Pengaruh pandangan orang lain terhadap anda amat besar. Katakan seorang mengatakan kepada anda bahawa anda tidak berguna atau tidak bernilai. Ini berlaku berulang kali dan anda sendiri tidak membuat apa-apa untuk menafikannya . Akhirnya anda percaya bahawa memang diri anda tidak berguna. Sebenarnya dalam situasi ini anda harus bertindak balas terhadap diri anda sendiri dengan mengatakan bahawa anda orang berguna ada harga diri berulang-ulang kali pasti anda akan berjaya membuktikan bahawa anda ada hara diri akhirnya. Hanya anda boleh mengubah diri anda.
Menghargai diri sendiri sebenarnya banyak . Sebagai contoh, keyakinan bahawa anda cukup hebat anda memponyai idea, mempunyai pendapat, mempunyai hak bersuara, boleh memberi sumbangan dan anda memang orang penting. Keyakinan-keyakinan inilah yang menjadikan diri anda kuat dan tidak lagi bergantung kepada orang lain. Oleh itu pengaruh persekitaran tidak akan mampu menjadikan anda tiada harga diri. Oleh itu buatlah keputusan untuk diri sendiri tanpa dipengaruhi oleh orang lain.
Untuk menjadikan anda punya harga diri tidak ada sekolah yang terbaik melainkan sekolah diri anda sendiri. Malah sistem yang ada secara aktif berusaha untuk melemahkan diri anda , menghilangkan harga diri anda sehingga anda terpengaruh dengan nya. Oleh itu buktikan bahawa anda tidak mudah terpengaruh dengan persekitaran yang ada. Lakukan setiap hari dengan mengatakan pada diri sendiri bahawa anda hebat, anda kuat , anda boleh dan sebagainya perkara-perkara yang positif. Pasti anda dapat yang anda inginkan. Ingat bahawa diri anda adalah milik anda.
Dugaan dan cabaran itu adalah sesuatu yang lumrah dalam kehidupan. Keputusan yang anda lakukan untuk menceburkan diri dalam industry walit adalah keputusan yang hebat dan tepat. Semuga Berjaya.
You must be logged in to post a comment.