Konsep usahasama dalam perladangan gaharu

November 14, 2009 – 8:07 am

Perladangan gaharu adalah projek komersial yang bernilai tinggi. Model baru ekonomi negara yang berimpak tinggi. Perlaksanaannya akan meningkatkan nilai penggunaan tanah. Ia boleh dilaksanakan oleh sesiapa sahaja individu atau syarikat dan koperasi. Kaedah pertanian komersial ini boleh dilaksanakan secara perkongsian atau usahasama.

Dalam memperkenalkan teknologi pertanian bertaraf dunia ini banyak cabaran yang terpaksa dihadapi. Bidang ini adalah bidang baru dinegara ini. Tidak seperti getah dan kelapa sawit yang merupakan industri yang begitu matang di negara ini. Ia tidak perlu dipromosi lagi. Tidak perlu lagi kursus kesedaran dan seminar untuk menggalakkan siapa sahaja untuk terlibat. Sesiapa sahaja yang mempunyai tanah dan modal akan melaksanakannya. Bagaimana dengan gaharu ?. Krisis keyakinan pasti akan berlaku kerana ramai yang pobia dengan sentang dan jati.

Konsep usahasama boleh dilaksanakan oleh pemodal dan pemilik tanah. Kerajaan dengan rakyat. Koperasi dengan ahli. Bagaimana usahasama ini dilaksanakan. Sekiranya koperasi yang mahu terlibat dengan perladangan gaharu boleh dilakukan dengan kaedah usahasama ini. Koperasi menjual anak pokon kepada ahli dengan bilangan yang tidak terhad. Maksudnya tiada pelaburan minima. Koperasi menanam dan menjaga diatas tanah milik koperasi. Keuntungannya nanti dibahagikan dengan nisbah yang dipersetujui bersama. Koperasi boleh mengenakan kos RM100.00

You must be logged in to post a comment.