Bagaimana aroma berfungsi dalam rumah walit yang baru dibina

September 9, 2009 – 6:46 am

Bagaimana aroma berfungsi dalam rumah walit ?. Ini menjadi persoalan. Terdapat juga rumah walit yang langsung tidak menggunakan aroma tetap juga sukses, sedangkan yang menggunakan aroma tidak sukses.

Seperti juga manusia mempunyai naluri atau insting terhadap sesuatu. Keperluan rasa aman dan terselamat adalah sesuatu yang insting bagi makhluk hidup seperti walit. Oleh itu Fungsi aroma seperti aroma kotoran ini adalah membuatkan burung walit merasa sudah ada kehidupan di dalam rumah burung yang baru dibina dan ini akan mengurangkan rasa takutnya terhadap pemangsa (predator).

Oleh kerana burung walit sifatnya hidup secara berkoloni maka naluri itulah yang menyebabkan walit suka pada aroma dari kotoran walit itu sendiri. Secara teorinya ia merasakan bahawa koloninya telah berada dalam rumah walit tersebut. Dengan itu rumah walit tersebut akan memberikan rasa selesa dan kondusif untuk didiami. Nyaman dan selesa untuk peningkatan populasi yang akan datang.

You must be logged in to post a comment.