Aroma memancing walit.

September 7, 2009 – 6:54 pm

Terdapat banyak cara untuk memancing agar burung walit datang ke dalam rumah yang baru dibina. Tidak hanya suara memancing semata-mata. Faktor lain juga  harus diambil kira, salah satu caranya ialah dengan menggunakan bau atau aroma penarik burung walit.

Aroma yang paling mudah digunakan ialah najis (kotoran) burung walit iatu sendiri. Kotoran ini ini digunakan terus dengan diletakkan diatas lantai begitu sahaja. Seeloknya kotoran baru digunakan. Kotoran ini menghasilkan aroma seolah-olah rumah walit tersebut telah lama dihuni oleh burung-burung walit.

Kaedah yang lebih baik lagi ialah menggunakan cairan dari najis walit yang direndam selama 3-5 hari dengan air biasa. Kotoran ini ditapis dan diambil airnya. Air kotoran ini disapu pada dinding, tetapi jangan terlalu dekat dengan kayu sarang (nesting plank). Namun begitu kaedah ini tidak bertahan lama. Ia hanya mampu bertahan selama 3 minggu sahaja.

Cara yang lebih baik lagi ialah dengan mencampurkan air saringan kotoran walit tadi dengan minyak ikan pada nisbah 3 : 1 dengan dikacau keduanya hingga sebati. Dengan menggunakan penyembur racun campuran ini disembur dikeliling dinding . Harus berhati-hati jangan sampai terkena nesting plank.

Semburan ini bolehlah dilakukan 2 – 3 minggu sekali. Dalam menggunakan aroma tadi jangan berlebihan kerana kotoran walit mengeluarkan berbagai jenis gas seperti amonia (NH3), asam belerang (H2S), dan karbondioksida (CO). Sekiranya gas-gas ini terlalu banyak udara di dalam rumah burung walit akan tercemar. Selamat mencuba, semuga diberkati dan sukses.

You must be logged in to post a comment.