Ular pemangsa senyap dalam rumah burung
July 7, 2009 – 7:09 amMusuh senyap dalam rumah burung walt ialah ular. Kehadirannya sukar dikesan kerana ia jarang meninggalkan jejak. Walaupun terdapat ular didalam rumah burung walit. Namun burung walit tetap juga datang seperti biasa. Kepantasan pemangsa ini tidak dapat dihidu oleh burung itu sendiri kerana ular adalah pemangsa yang cekap.
Kehadirannya tanpa diduga oleh pemiliknya apa lagi suasana dalam rumah burung yang gelap dan tidak meninggalkan bau itu telah menyebabkan populasi burung berkurangan. Ular memakan mangsa dengan menelannya tanpa meninggalkan kesan dan tanpa disedari oleh burung yang lain.
Pemilik hendaklah membuat pemeriksaan yan teliti dalam rumah burung. Lubang-lubang yang mungkin boleh dilobosi oleh ular hendaklah ditutup. Apabila anda melihat populasi dalam rumah burung tidak meningkat mungkin sesuatu yang tidak baik telah berlaku. Dengan itu anda perlu mencari puncanya. Salah satu punca adalah musuh seperti ular tadi. Ular yang biasa ditemui dalam rumah burung ialah ular sawa tikus, ular jelutung dan sebagainya.
Jika anda menemui kulit ular yang bersalin dalam rumah burung, maka cepat-cepatlah bertindak mencari dimana ular tersebut bersembunyi
You must be logged in to post a comment.