Pasaran hebat untuk produk industri asastani sarang burung walit dan gaharu
July 28, 2009 – 1:01 amApa akan terjadi sekiranya terdapat kepincangan dalam pemasaran ? Pasti projek yang begitu gah dan diwar-warkan sebagai projek mega, atau projek yang berdaya maju dan sebagainya. Panggillah dengan apa istilah sekali pun. Projek yang berimpak besar dan sebagainya, perkara yang paling penting adalah pasaran.
Dalam industri asas tani aspek pengeluaran produk yang berasaskan pertanian tidaklah menjadi suatu bebanan yang besar berbanding pasaran. Jika tiada pasaran semua pengeluaran akan terbengkalai. Oleh itu dalam pemilihan projek yang hendak dilaksanakan sepatutnya perkara yang perlu diberi perhatian ialah pasaran. Produk yang akan kita keluarkan siapa penggunanya. sejauhmana kuasa beli pengguna, Keterbatasan penggunaannya perlu diambil kira. Ini penting supaya projek asas tani yang diceburi dapat bertahan lama.
Dua industri yang sedang saya kongsi pengetahuan dengan penjeguk jahaniwalit.com ialah burung walit dan kayu gaharu. Keduanya mempunyai batas sempadan yang sangat luas dan besar. Pasarannya setiasa berkembang dan bertambah.
Sarang burung walit pasaran utama ialah kaum China. Bangsa yang paling ramai di dunia ialah bangsa China dan ianya bertebaran diseluruh dunia. Dimana terdapat masyarakat China disitu akan wujud permintaan untuk sarang burung. Ini kerana kepercayaan masyarakat China terhadap sarang burung sejak zaman Dinasti Tang lagi sehingga kehari ini. Dengan itu kita dapat bayangkan terhadap pasaran untuk sarang burung walit ini.
Hari ini terdapat dua orang pemborong sarang burung menghubungi saya untuk membeli sarang burung yang dihasilkan. Pemborong berkenaan memaklumkan bahawa beliau tidak dapat memenuhi permintaan yang diperlukan. Beliau meminta saya memaklumkan jika terdapat pengusaha yang ingin menjualnya walaupun berapa banyak sarang burung walit yang ada beliau sanggup membelinya.
Begitu juga pasaran untuk kayu gaharu ia nya melampaui sempadan agama, bangsa dan negara. Sedangkan bekalannya sangat terhad. Boleh dikatakan semua agama menggunakan bauan dalam upacara keagamaan mereka. semua bangsa sukakan wangian dan dimana sahaja ada manusia pasaran untuk wangian akan wujud. Dalam menceburi industri asastani produk yang mempunyai pasaran begini yang perlu kita ceburi.
Pasaran untuk kayu gaharu lebih besar daripada produk asas tani yang lain. Jadi tunggu apa lagi .. cepat tanam gaharu untuk kebahagiaan anda dimasa akan datang.
merealisasikan impian menjadi realiti.
You must be logged in to post a comment.