Siapa kata! negeri orang putih tiada pengemis.
May 14, 2009 – 6:32 pm
Auckland City 14 May 2009. Tengahari tadi saya meninjau beberapa lokasi disepanjang Queen St. Terperanjat melihat orang disini sibuk berjalan kehulu kehilir. 90% peratus berpakaian gelap patut pun mereka terkenal dengan pasukan ragbi “ All Black” agaknya kalau jual kain batik tentu tak laku. Dulu saya sangka negeri Mat Saleh ni tak ada pengemis rupanya teruk pada kita cara mereka mengemis tapi taklah macam India dan Indonesia termasuk Malaysia sendiri yang pernah kita lihat. Mereka pengemis professional, bermacam cara mereka mengemis. Ada yang main muzik, duduk saja dan letak kotak dihadapan tunggu orang beri duit. Satu lagi yang saya agak terperanjat dia buat macam patung, macam dalam kedai pakaian tu!. Pada mulanya saya sangkakan patung kerana berdiri kaku tidak bergerak gerak. Tapi bila ada orang beri duit dia pun bergerak sedikit. Ada juga yang berpakaian mascot binatang, tak bergerak macam patung, juga, rupa-rupanya manusia.
Pengemis yang tidak berumah pun ramai juga, mereka ini tidur dikakilima bangunan . Kasihan juga tengok. Kita tidur dalam bilik ada tilam ada selimut pun sejuk tidak terperi. Inikan pulak tidur dikakilima bangunan. Khabarnya kerajaan New Zealand cukup perihatin kepada rakyatnya yang tidak bekerja. Kerajaan akan membantu sehingga mereka mendapat kerja. Mungkin yang jadi pengemis ni yang malas bekerja atau kaki minum. Entah lah……?
Orang Asia ramai di Auckland, orang Islam juga ramai terutamanya dari Timur Tengah dan Asia. Bagi mereka yang baru sampai disini tidak susah untuk mencari makanan halal. Walaupun tuan punya kedai bukan Isam tetapi mereka menjual makanan halal. Nasi lemak, rendang daging dan sebagainya boleh didapati dengan mudah. Rasanya jika bukan restoran nasi kampong disini tentu laku. Ramai juga mat saleh yang suka makan selera Malaysia ni.

You must be logged in to post a comment.