Sarang burung walit palsu
April 13, 2009 – 4:55 pmSarang burung walit ialah sarang yang dihasilkan oleh sejenis burung seperti burung layang-layang yang membuat sarang dengan menggunakan air liurnya (suliva) sendiri. Air liur ini mempunyai ciri-ciri istimewa. Masyarakat cina bahawa memakan sarang burung ini dapat memberi tenaga dan kesihatan. Amalan memakan sarang burung ini telah diamalkan oleh gulungan bangsawan sejak dahulu kala lagi .
Ramai masyarakat cina percaya bahawa dengan memakan sarang burung dapat mempertingkatkan kualiti kesihatan dan menambah tenaga. Pemakan sarang burung walit juga percaya bahawa kesan memakan sarang burung adalah untuk awet muda ia itu sistem keremajaan sesaorang. Para penyelidik moden juga telah dapat menyakinkan masyarakat khususnya yang berumur bahawa sarang burung walit mempunyai banyak protien , vitamin dan berbagai lagi bahan yang boleh memberi khasiat kepada mereka yang memakannya.
Namun begitu pengguna juga harus berhati-hati bila membeli sarang burung untuk dimakan kerana terdapat peniaga yang tidak bertanggungjawab menghasilkan sarang burung palsu yang hampir menyerupai sarang burung asli. Sarang burung palsu ini dapat dihasilkan dari sejenis resin, rumpai laut dan juga kulat putih atau “white tremella”. Kulat jenis ini boleh dicampur diantara helaian sarang burung tersebut. Pengguna boleh mengesan penipuan ini dengan memeriksa bahagian dasar sarang burung tersebut. Pada pandangan luar sarang burung palsu ini sama dengan sarang burung asli.
Pengguna juga harus berhati-hati dengan bahan pencuci yang digunakan untuk mencuci sarang burung . Bahan pencuci seperti yang digunakan untuk mencuci beras “beras wangi” supaya beras nampak berkilat kadang-kadang digunakan juga untuk mencuci sarang burung.
Penipuan yang dilakukan oleh peniaga yang tidak bertanggung jawab ini sudah tentu akan menjejaskan pasaran sarang burung dalam jangka masa panjang. Di Malaysia belum lagi terdapat lapuran terhadap penipuan yang dilakukan oleh peniaga sarang burung.
Saya juga kuatir dengan kaedah penghasilan sarang merah yang dihasilkan dari rumah burung biasa. Menghasilkan sarang burung yang bewarna merah melalui tindakbalas kimia yang berterusan. Penghasilan sarang merah mempunyai nilai pasaran yang tinggi .
You must be logged in to post a comment.