Rantau Asia Tenggara bumi bertuah - kaya dengan sarang burung walit dan gaharu.
April 16, 2009 – 4:57 pm
Spesis burung walit hanya terdapat di negara Asia Tenggara sahaja. Bermula dari kepulauan Andaman hingga ke Filifina. Indonesia merupakan pengeksport sarang burung walit yang terbesar di dunia, menyumbang kira-kira 80% permintaan dipasaran. diikuti oleh Thailand, vietnam, Singapura, Myanmar, Malaysia, India dan Sri Lanka.
Indonesia adalah pengekspot utama di dunia 80% daripadanya adalah dari sarang burung yang di budidayakan di rumah-rumah burung. Selebihnya adalah sarang yang berasal dari habitat alam semulajadi digua-gua.
Di Malaysia sarang burung walit semulajadi terdapat di gua-gua di Sabah, Sarawak dan di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Pengambilan sarang burung tidak dikawal, telah menurunkan populasi burung tersebut. Pada tahun 1989 Kerajaan Sarawak terpaksa mengenakan larangan memungut selama 3 tahun di Gua Niah. Gua Niah mempunyai koloni terbesar spesis burung layang-layang di dunia
Menurut sumber daripada Jabatan PERHILITAN spesis burung walit terdapat diseluruh Malaysia khususnya di pinggiran pantai dan juga pada kawasan yang terdapat sumber air dan sumber makanan semula jadi. Ia kawasan yang mempunyai banyak serangga yang berterbangan. Akibat daripada permintaan yang tinggi membuatkan para pelabur di Indonesa berlumba-lumba untuk membangunkan rumah-rumah burung dan membudidayakannya Di Malaysia juga perlumbaan untuk melabur telah meningkat dari tahun kesetahun dengan mendadaknya.
You must be logged in to post a comment.