Pelaburan untuk masa hadapan anak-anak yatim Terengganu
April 14, 2009 – 8:17 pm
Terengganu terdapat dua buah pertubuhan untuk anak-anak yatim. Pertubuhan yang dimaksudkan ialah Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Terengganu dan Persatuan Kebajikan Islam Terengganu (PERKASA). Diantara fungsi kedua-dua pertubuhan ini adalah untuk menjaga kebajikan anak-anak yang kematian ibu-bapa mereka. Pertubuhan ini menyediakan asrama bagi memastikan anak-anak yang kehilangan ibu-bapa ini terus terbela terutamanya dalam bidang pendidikan.
Kerajaan Negeri Terengganu telah menyediakan sejumlah peruntukan bagi menampung aktiviti pertubuhan tersebut. Selain daripada itu pertubuhan tersebut mendapat sumbangan derma daripada orang ramai dan syarikat-syarikat yang bermurah hati memberi sumbangan kepada mereka.
Kerajaan negeri juga telah menganugerahkan kepada pertubuhan ini tanah dan juga modal untuk pembangunan tanah tersebut. PERKAYA mempunyai tanah seluas 800 ekar manakala PERKASA pula mempunyai tanah seluas 1700 ekar. Kesemua tanah-tanah ini dimajukan dengan ladang kelapa sawit.
Bagi menentukan survible pertubuhan ini pihak pengurusan yang diamanahkan untuk menjaga harta anak-anak yatim telah bertungkus lumus melaksanakan perbagai projek untuk meningkatkan pendapatan mereka. Bagi PERKAYA mereka telah melaksanakan projek integrasi diladang sawit mereka. Projek ternakan lembu dan kambing prima telah member kejayaan yang sangat baik.
Pengurusan yang kreatif dan tekun telah menjamin kejayaan pertubuhan anak yatim ini. Justeru itu PERKAYA akan melaksanakan projek ternakan burung walit dan penanaman pokok gaharu. Kesungguhan tersebut telah terbukti pada hari ini apabila Pengerusi Esekutif Ladang Sawit Perkaya Tuan Haji Harun
Hasan telah memilih MZN Niaga Kuala Terengganu sebagai konsultan untuk membina projek rumah burung walit diladang integrasi PERKAYA di Kemaman. Ujian kesesuaian lokasi telah telah dilaksanakan oleh MZN Niaga pada hari ini 14 April 2009 di Cheneh Kemaman . Penyerahan dokumen persetujuan tersebut disaksikan oleh wakil PERKASA Tuan Haji Halim Muhamad dan En. Din selepas ujian lokasi diladang sawit PERKAYA.
You must be logged in to post a comment.