Apa Keistimewaan Burung Walet sehingga perusahaan sarang burung walit dapat memberi nilai tinggi dalam sektor pertaniaan.
April 10, 2009 – 6:54 am
Burung Walet membuat sarang dengan air liur (suliva) yang istimewa dan mempunyai nilai yang tinggi serta mahal. Burung walit sangat kuat dan dapat terbang selama 40 jam tanpa henti . Radius perburuan makanan sehingga puluhan kilometer dan boleh terbang dengan kelajuan 150 km per jam. Burung walet akan melakukan proses mengawan dengan pasangannya di udara sambil terbang. Burung walit ini merupakan burung yang sangat mementingkan kebersihan sarangnya dari kotoran dari sebarang kekotoran. Tiada kotoran yang tertinggal dalam sarangnya. Semasa proses pengeraman telour, bontotnya akan menghala keluar sarang sepaya kotoran yang dilepaskan tidak akan terkena sarangnya.. Ia merupakan burung liar yang tidak mahu dikurung tetapi atau diternak seperti ternakan lain namun begitu ia boleh dibudi daya.
Perilaku makan (fooding behaviour) burung ini adalah serangga terbang dengan kaedah menyambar. Ia juga mempunyai perilaku pulang sarang (homing behaviour) iaitu kerumahnya apabila keluar mencari makan seawal pagi (5.00 pagi) dan pulang lewat petang (7.30 ptg). Manakala perilaku dalam membuat sarangnya (nesting behaviour) pada papan (serpihan tempelan sarang) dan yang terakhir perilaku perkembangan biak (sexual behaviour) pada malam hari di papan sirip atau menyambar di udara.
|
(Sarang Merah ) |
You must be logged in to post a comment.