Rencana menarik dalam KOSMO bertarikh 8 September 2007
March 5, 2009 – 9:47 am
Saya terbitkan semula rencana dari KOSMO Rabu 8 September 2007 dalam ruangan varia- untuk renungan pembaca
PIKAT BURUNG LAYANG-LAYANG
Gua buatan tersebut mengambil masa kira-kira empat hingga lima tahun untuk menarik burung layang-layang membina populasinya sebelum hasilnya diperolehi.
SEKILAS
pandang; tiga bangunan konkrit yang dikelilingi pagar di Kampung Kolopis, Penampang, kira-kira 20 kilometer dari Kota Kinabalu, Sabah, kelihatan seolah-olah sebuah kubu.
Namun bangunan istimewa ini bukanlah untuk dihuni manusia tetapi merupakan rumah untuk burung layang-layang. Rumah burung tersebut adalah idea Timbalan Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Laurentius Nayan Ambu.
Menurut Laurentius, ilham untuk membina rumah burung layang-layang ini muncul selepas beliau mula memberi ceramah penternakan burung secara komersial pada tahun 1998.
“Mulanya, taklimat berkenaan hanya disampaikan kepada peserta dalam negara sahaja. Kemudiannya, saya turut mendapat jemputan dari Singapura, Indonesia dan Thailand,” katanya.
Cabaran ternakan burung
“Suatu hari, beberapa peserta mencabar saya supaya mengusahakan penternakan burung,” tambahnya.
Laurentius berkata, beliau menyahut cabaran tersebut dan membeli tanah terbiar di Kampung Kolopis. Beliau kemudiannya membina rumah burung yang pertama iaitu pada tahun 2000 yang pada mulanya dijadikannya pusat kajian untuk penternakan burung.
Rumah tersebut kini telah berjaya menarik lebih daripada 1,000 ekor burung layang-layang dengan ratusan sarang yang sedia ada. Ada juga yang menghasilkan sarang putih di atas papan lapis berstruktur segi empat.
Pada tahun 2004, Laurentius membina pula rumah burung dua tingkat daripada konkrit, lengkap dengan sistem pendingin hawa dan pengaliran udara yang lebih baik. .
“Saya berusaha keras membangunkan teknologi yang diharapkan dapat menyediakan sistem yang lebih baik untuk penternakan burung di negara ini, khususnya di Sabah,” ujar beliau.
Seperti yang dikatakan Laurentius, terdapat lebih 50 penternak burung layang-layang yang aktif di Sabah.
“Saya berpendapat penternakan burung sangat baik untuk industri desa, terutamanya bagi meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar.
“Adalah lebih baik sekiranya pihak kerajaan dapat menyediakan geran bagi membantu masyarakat luar bandar yang mahu memulakan penternakan burung,” kata beliau.
Menurut Laurentius, penternakan burung adalah satu bidang yang berdaya maju untuk diceburi. Namun, ia turut bergantung kepada bantuan kewangan daripada kerajaan.
Binaan minimum untuk bangunan dua tingkat ‘rumah burung’ ialah pada ukuran 8.0 x 8.0 meter.
“Ukuran ini secara langsung mempengaruhi ukuran papan yang diletakkan sebagai tempat membuat sarang,” ujarnya.
Laurentius berkata, sebuah bangunan setingkat pada ukuran 8.0 x 8.0 meter mampu menghasilkan kira-kira 5.0 hingga 7.0 kilogram (kg) sarang putih yang berkualiti tinggi, bergantung kepada populasi burung layang-Iayang.
Purata 110 hingga 120 sarang boleh menghasilkan kira-kira 1.0 kg sarang burung mentah.
Menurutnya, gua buatan tersebut mengambil masa kira-kira empat hingga lima tahun untuk menarik burung layang-layang membina populasinya sebelurn hasilnya diperoleh.
Kaedah penternakan .
Menerangkan kaedah penternakan burung layang-layang, Laurentius berkata, salah satu caranya ialah memanggil burung tersebut menggunakan pita rakaman. Pita tersebut mengeluarkan bunyi kicauan burung berkenaan.
Kaedah lain adalah dengan memberikan ‘keluarga angkat’ untuk unggas tersebut atau menggunakan air liur yang dikeluarkan oleh burung layang-layang. Selepas berjaya menarik 100 ekor burung, telur tersebut digantikan dengan sarang putih,” katanya.
Terdapat juga teknik translokasi iaitu burung muda dari gua asli dipindahkan ke dalam rurnah ternak tersebut. Teknik ini memerlukan penternak memberi makanan kepada burung-burung ini menggunakan tangan.
Menurut Laurentius, penternakan burung layang-layang berbeza dengan penternakan burung biasa. Penternak tidak memerlukan sangkar tetapi menggunakan konsep yang berbeza iaitu burung-burung tersebut dibiarkan bebas datang dan pergi ke rumah tersebut.
Menurut beliau, dua daripada cara penternakan biasa melibatkan habitat mikro dan makro.
Keperluan semula jadi
Dalam habitat mikro, kita cuba se-. hampir mungkin meniru keperluan semula jadi burung berkenaan seperti habitatnya yang terdapat di dalam gua. “Pencahayaan yang cukup suram adalah perlu, manakala suhu normalnya adalah di antara 27 hingga 29 darjah Celsius. “Dalam habitat makro pula, untuk mengekalkan keseluruhan operasi (rumah burung), mereka perlu mencampurkan jenis habitat bagi memastikan populasi burung berkenaan dapat bertahan untuk jangka panjang,” katanya.
Menerusi kajiannya yang meluas terhadap burung layang-layang, Laurentius mendapati salah satu perlakuan ekologikal burung atau perlakuan semula jadinya, burung layang-layang ini akan kemball ke tempat ia menetas.
Burung layang-layang juga hidup berpasangan. Jika terdapat 1,000 ekor burung di dalam rumah tersebut, bermakna hanya ada kira-kira 500 sarang.
Beliau berkata, burung putih atau ‘Collocalia fuciphaga’ adalah jenis yang biasa diternak dan paling sesuai untuk peoternakan burung layang-layang.
Pada 1994, Persidangan Perdagangan Antarabangsa dan Spesies Flora dan Fauna Terancam Dunia (CITES) mahu perdagangan burung layang-layang dan penghasilannya dilarang kecuali dengan permit khas.
“Kita (Malaysia) tidak bersetuju dengan rancangan itu kerana perdagangan sarang burung layang-layang di Malaysia (Sabah dan Sarawak) sebenarnya tidak membahayakan habitat burung layang-layang. Pengurusan sarang burung kayang-layang di Sabah adalah baik”, ujar Laurentius yang bertanggungjawab untuk CITES di Sabah. - Bernama
You must be logged in to post a comment.