Ilmu dan pengalaman fakor yang memberi kejayaan kepada pengusaha RBW
March 23, 2009 – 7:13 amKejayaan rumah walit juga bergantung kepada ilmu dan pengalaman pengusaha itu sendiri. Tempat belajar yang terbaik ialah dari pengalaman. Universiti yang terbaik adalah pengalaman. Walau bagaimana pun berapa ramai manusia yang tidak mahu belajar dari pengalaman. Sebagai contoh seorang itu telah bekerja selama 20 tahun. Selama 20 tahun tersebut dia membuat kerja yang sama secara rutin setiap tahun. Ini bermakna walaupun bekerja selama 20 tahun tetapi beliau hanya mempunyai pengalaman selama satu tahun sahaja. Orang yang berpengalaman sepatutnya setiap hari dia membuat atau belajar sesuatu yang baru dan memperbaiki kerjanya. Begitulah caranya orang yang belajar dari pengalaman.
Semasa seminar di Pontianak tahun lepas, saya bertemu dengan Pak Handoko seorang pengeksport dan pembudidaya walit dari Jakarta. Beliau membri tahu bahawa hasil panen (tuaian) rumah burung beliau kuranng lebih 100 KG sebulan. Kadang-kadang mencecah 120 KG sebulan. Ini bermakna pendapatan beliau RM500,000.00 hingga RM600,000.00 sebulan.Ini anggaran jika Pak Handoko memasarkan sarang walit yang belum di proses. Tetapi Pak Handoko adalah pengeksport dan mempunyai office di Hong Kong. Beliau terlibat dalam industri walit sejak tahun 90’an lagi. Dalam mencari ilmu beliau masih sanggup menghadiri seminar yang dianjurkan oleh Pak Hendri Mulia. Soalnya bagaimana kita . Ada sedikit ilmu dan pengalaman dah belagak sombong.
Saya juga diberitahu seorang usahawan walit di Pahang memiliki 45 buah rumah burung walit. Pendapatannya adalah RM3 juta sebulan. Mengapa beliau berusaha memiliki RBW sebanyak itu. Untuk berjaya pasti beliau mempunyai cara beliau sendiri. Dengan memiliki RBW sebanyak itu beliau tentunya belajar dari pengalaman beliau sendiri. Sebenarnya saya kurang bersetuju kita membina sebuah rumah walit yang besar berbanding dengan dengan kos yang sama kita memiliki banyak buah RBW. Dengan itu kita dapat belajar dari kesilapan yang telah kita lakukan.
You must be logged in to post a comment.