Barisan Ahli Jawatan Kuasa Persatuan Pengusaha Burung Walit Daerah Kemaman bagi tahun 2009 - 2010

March 26, 2009 – 1:45 am

KEMAMAN 25 Mac 2009

Persatuan Pengusaha Burung Walit Daerah Kemaman, Terengganu telah mengadakan mesyuarat  agung kali ke 3 bertempat di Wisma Klung Chew, Chukai Kemaman. Mesyuarat bermula pada 7.30 malam. Mesyuarat agung pada kali melibatkan pemilihan ahli jawatan kuasa baru yang akan bertugas untuk tahun 2009 hingga 2010.  Konsultan burung walit melayu Terengganu. En Mohd Zabri bin Nawang dari MZN Niaga turut terpilih dari 12 calon yang bertanding. Tahniah En. Zabri.

Penulis yang turut hadir dalam mesyuarat tersebut dimaklumkan bahawa keahlian telah meningkat sejak ditubuhkan pada tahun 2007. Jumlah ahli yang ada ialah 100 orang. Keahlian daripada kaum melayu hanya 3 orang sahaja. Ramai lagi pengusaha rumah walit yang tidak menjadi ahli. Sesiapa yang berhasrat menjadi ahli bolehlah menghubungi Mr. Johnny Tang ( 0129889090 ).

Kerjasama daripada semua ahli diharapkan untuk membantu ahli-ahli bagi memajukan industri burung walit. Sebagai contoh jika ahli mempunyai stok sarang burung yang masih belum dijual kerana kejatuhan harga pada bulan januari yang lalu sehingga dalam lengkungan RM2000.00 untuk gred A, Persatuan boleh membantunya. Dimaklumkan juga bahawa harga pada hari ini telah meningkat semula sehingga mencecah RM4000.00 untk gred A di Kemaman.

Persatuan sangat mengharapkan kerjasama ahli dalam mengawal kacaugangu khususnya kacaugangu bunyi hendaklah pada tahap bawah 100 disibel yang dibenarkan serta menjaga kebersihan RBW masing-masing. Arahan pihak berkuasa khususnya kerajaan tempatan perlu dipatuhi.

Adalah diharapkan AJK yang baru dilantik dapat menjalankan tugas dengan baik serta dapat merancang akti yang dapat membantu ahli-ahli dalam memajukan industri walit.

You must be logged in to post a comment.