Teknologi memikat burung walit

February 25, 2009 – 4:36 pm

Pada pendapat saya, cd atau mp3 tu yg bezanya adalah meterial, player dan teknologi. suaranya sama. cuma kalau pakai cd teknologinya sudah ketinggalan, sekarang ni ramai pengusaha memakai mp3, pakai cd dan cd player menyebabkan meterialnya panas sbb di pasang dlm jangkamasa lama, apabila panas keaslian suara sudah berubah, dari asalnya suara panggil mungkin sudah menjadi suara halau walet……Zabri.

CD atau MP3 adalah dua perkara yang berbeza. CD adalah merajuk kepada material atau media yang digunakan untuk rakaman suara. Manakala MP3 adalah program yang digunakan untuk merakam suara. Suara asal atau suara artificial burung walit dirakam biasanya dalam format wav, Suara ini disimpan dalam CD untuk dimainkan semula dalam rumah burung. Banyak lagi format yang boleh digunakan untuk meragam suara antaranya ialah real player, ram dan lain-lain. Sebelum teknologi CD diperkenalkan meterial tape rekoder digunakan. Ia menggunakan teknologi tali . Hari ini rakaman audio atau video disimpan dalam bentuk  DVD. Teknologi DVD adalah lebih baik berbanding dengan CD.

Suara burung walit yang disimpan dalam CD atau DVD boleh dimainkan semula menggunakan CD atau DVD player. Output daripada CD player disambung ke amlifier dan seterusnya kepada tweeter dalam rumah burung. Fungsi amlifier adalah untuk memperbesarkan dan mengawal  suara yang dikeluarkan oleh tweeter.

semakin berkembang dimana rakaman suara boleh disimpan dalam microcip yang boleh didapati dalam berbagai bentuk seperti memory card , pen drive atau MP3, MP4, MP5 plyer. Ianya lebih mudah dan tidak perlu lagi menggunakan peranti seperti CD atau DVD player lagi. Amplifier yang ada pada hari ini telah dilengkapi dengan memory card reader atau USB port. Dengan itu harganya lebih murah.

Manakala MP3 adalah format rakaman suara. Ia adalah program yang digunakan. Saiz file dalam format MP3 adalah lebih kecil berbanding dengan wav . Dengan itu keaslian rakaman dalam format wav lebih baik berbanding dengan MP3.

Saya sangat bersetuju dengan pandangan En Zabri bahawa teknologi CD adalah ketinggalan ketinggalan. Walau pun ketajaman suara yang dikeluarkan lebih baik tetapi ia tidak dapat bertahan lama kerana cepat panas dan treknya akan berubah jika dimainkan dalam masa yang lama. Ini menyebabkan suara tersebut tidak asli lagi.

You must be logged in to post a comment.