Pertahankan survival bangsa melalui kekuatan ekonomi

February 27, 2009 – 6:31 pm

Dasar pecah dan rentah yang dilaksanakan oleh penjajah ketika menakluk Tanah Melayu telah melebarkan jurang ekonomi antara kaum yang ada di negara ini. Kaum Cina yang dibawa oleh Inggeris dari Tanah  Besar Cina untuk  perlombongan. Kaum India dalam industri perladagan. Manakala kaum Melayu tinggal dipersisiran pantai sebagai nelayan dan juga di kampong traditional sebagai petani. Sejak merdeka berbagai rancangan dan dasar telah diperkenalkan untuk memperbaiki kedudukan ekonomi orang Melayu dan lain-lain bangsa dalam usaha agihan kek ekonomi negara . Bermula dari Rancangan Malaysia Pertama hinggalah Rancangan Malaysia Ke Sembilan telah diperkenalkan. Begitu juga dasar ekonomi seperti DEB dan DPN adalah untuk mengurangkan jurang ekonomi tadi.

Selama mana sesuatu bangsa itu tidak mampu menguasai ekonomi sesebuah negara selama itulah ia akan tersisih dan merempat di tanah airnya sendiri . Jangan salah orang lain jika ketuanan kita diperlecehkan orang lain.

Kerana terlalu sibuk berpolitik sehingga kita menjadi bangsa yang perlu ditongkat dengar subsidi. Jika gulungan PPRT yang bertanya tentang subsidi, itu saya tak hairan. Tetapi bila seorang kontraktor atau pemimpin masyarakat juga bertanyakan soal subsidi bila saya syorkan mereka supaya mereka melabur dan terlibat dalam industri burung walit.

Ini jelas budaya subsidi telah berkembang subur dalam budaya masyarakat melayu. Soalnya bagaimana  perjuagan untuk mempertahankan survival bangsa kalau inilah sikap orang melayu yang diasuhkan oleh pemimpin mereka. Budaya bantuan kerajaan dan subsidi kian menebal.

Oleh itu wahai bangsaku marilah kita perkukuhkan ekonomi bangsa dengan melibatkan diri dalam industri burung walit. Jika anda tidak mampu melaksanakan projek tersebut seorang diri. Anda boleh berkongsi dengan saudara mara anda atau dengan sahabat anda.

Marilah kita sama-sama perjuangkan suvival bangsa dan ketuanan kita dengan kekuatan ekonomi. Jangan hanya pandai bercakap tetapi tidak pandai bertindak.

  1. One Response to “Pertahankan survival bangsa melalui kekuatan ekonomi”

  2. Memang betul yg diperkatakan oleh saudara jahani kita ni, bila org melayu nak berjaya kalu fikiran cam ni! kalu nak libat dgn RBW modal tak cukup buat lah kecil atau dgn cara berjimat-cermat, Buatlah 2 tingkat berukuaran paling miniman dulu, selepas ada hasil baru buat langkah seterusnya. macam juga BW masa kecil belajar terbang pastu baru boleh buat sarang yg berharga tu….

    By ez kel on Feb 27, 2009

You must be logged in to post a comment.