Aerodramus Maximus gagal di pancing masuk ke RBW
February 20, 2009 – 8:39 am
Menurut Jeff sehingga ke hari ini belum lagi mana mana pihak yang mendakwa telah berjaya memancing Maximus. Adrodramus Maximus adalah spesis yang suka menyendiri dan tidak suka kepada kebisingan. Justeru itu ia tidak dapat dipancing menggunakan suara memanggil. Untuk catatan Maximus sendiri juga mengeluakan suara. Sarangnya banyak diselaputi oleh bulu. Sehingga ia dikenali sebagai walit sarang bulu. Walaupun harganya murah berbanding dengan sarang seriti. Dalam gua maximus dan adrodramus saling berkongsi tempat untuk bersarang. Berada disebelah menyebelah.
Sarang Maximus kelihatan lebih besar dari Fuciphagus ini kerana ia diselaputi oleh bulu yang berfungsi untuk suhu yang konsisten untuk anaknya nanti. Kesempurnaan sarang kerana memiliki kelembapan yang stabil. Kegagalan untuk memancing Aerodramus Maximus mungkin tiada usaha yang gigih dilakukan kerana harga sarangnya lebih murah berbanding dengan Fuciphagus. Kajian perlu dilaksakan dari masa kesemasa terhadap spesis ini bagi menhasilkan habitat bersama Maximus dan Fuciphagus yang mungkin dapat menghasilkan kualiti sarang yang lebih baik.
You must be logged in to post a comment.