Mengapa RBW yang sebulan telah beroperasi walit belum masuk apatah lagi untuk menginap.
February 22, 2009 – 11:00 pm
Dua rakan yang merupakan pemain baru dalam industri walit. Melalui rangsangan dan motivasi yang saya berikan semasa kami bertemu telah menarik minat sahabat saya ini. Pada hal mereka tidak pernah menhadiri seminar atau kursus yang berkaitan dengan walit. Berbekalkan pengetahuan bergaul dengan rakan-rakan mereka berbangsa Cina menguatkan lagi azam mereka menceburi bidang ini. Ditambah pula dengan motivasi yang saya berikan mereka memberanikan diri membina bangunan 20′ X 50′ dengan ketinggian 2 tingkat. Bangunan mereka dapat disiapkan akhir tahun lepas. Pemasangan sistem mereka serahkan kepada konsultan yang menurut mereka ada pengalaman tentang burung walit. Seorang menggunakan khidmat konsultan Melayu dan seorang lagi menggunakan khidmat konsultan Cina. Seorang menggunakan CD dan seorang lagi guna MP3 Selepas sebulan beroperasi kedua mereka menelifon saya memberitahu bahawa burung walit tak masuk kedua rumah mereka. Burung ramai tapi cuma berlegar diatas sahaja. Kalau masuk pun sekejap keluar dan sekejap masuk. Selepas sebulan beroperasi tompokan najis menandakan walit telah tidur masih belum kelihatan.
Mengapa ?
1) Musim sekarang burung tidak berapa melayani suara. Sebab itu ia berlalu begitu sahaja tidak berapa endahkan suara.
2) Burung walit tidak ramai yang pulang ke centra walit atau kawasan hunian. Beberapa minggu lepas kebanyakan rumah burung dilapurkan tiada burung.
3) Suara MP3 atau CD yang digunakan tidak power. Atau tidak sesuai untuk burung dikawasan tersebut
4) Tweeter yang digunakan mungkin dari jenis yang tidak dapat memberi pantulan jauh. Jika digunakan dilokasi hunian ( shop lot) mungkin sesuai.
5) Reka bentuk rumah monyet (dog kenel) mungkin tidak sesuai.
6) Rekabentuk dalaman RBW tersebut mungkin mempunyai kesalahan yang besar. Perlu mendapat khidmat nasihat dari pakar sebenar. Pastikan pakar yang menggunakan teknologi terkini.
7) Habitat dalaman mungkin terlalu panas dan menggangu keselesaan burung walit. Insolasi yang ada mungkin tidak mencukupi.
Belum sampai masa lagi untuk burung masuk dan menginap didalamnya. Bersabarlah kawan. Pasti Allah akan bersama dengan orang-orang yang sabar.
9) Mungkin tiada penggunaan aroma yang dapat membantu menarik walit meneroka kedalam rumah burung.
Tetapi mengapa ya!. RBW yang diuruskan oleh En Zabri dan Jeff yang telah memulakan operasinya awal tahun ini kira-kira sebulan yang lalu di Batu Buruk dan Jalan Kamarudin, Kuala Terengganu. Hari kedua beroperasi dah ada 18 ekor yang tidur.
Mungkin Pak Jeff dan Zabri ada jawapannya.
4 Responses to “Mengapa RBW yang sebulan telah beroperasi walit belum masuk apatah lagi untuk menginap.”
Adakah ada perbezaan antara cd dan mp3 atau yg diterima oleh BW ni?
By ez kel on Feb 23, 2009
Pada pendapat saya, cd atau mp3 tu yg bezanya adalah meterial, player dan teknologi. suaranya sama. cuma kalau pakai cd teknologinya sudah ketinggalan, sekarang ni ramai pengusaha memakai mp3, pakai cd dan cd player menyebabkan meteriannya panas sbb di pasang dlm jangkamasa lama, apabila panas keaslian suara sudah berubah, dari asalnya suara panggil mungkin sudah menjadi suara halau walet..
By zabri172 on Feb 24, 2009
Bagaimana dengan Tweeter pula dari dalam(internal), adakah sudah cukup dgn tweeter yg ekonomi shj Rm1>? Dan cara pemasangan mukanya menghala ke lubang masuk atau ditambah macam yg hot sekarang seperti bunga iaitu digabung 4 atau 8biji adakah berguna? satu lagi yg mana betul tweeter di pasang pd bahagian bawah plat kayu atau atas? Adakah jenis tweeter yg sesuai utk suara luar(external)?
Berkanaan suara, Suara jenis manakah harus diguna pakai pada lubang antara lantai? Serta suara rakamam, adakah dalam bentuk stereo atau mono? TERIMA KASIH.
By ez kel on Feb 25, 2009
Terima Kasih diatas penjelasan yg ikhlas dari En.Zabri. pengetahuan sangat berguna bagi yg org baru termasuk saya ni. Bagaimana dengan Tweeter dari dalam(internal), adakah sudah cukup dgn tweeter yg ekonomi shj Rm1>? Dan cara pemasangan mukanya menghala ke lubang masuk atau ditambah macam yg hot sekarang seperti bunga iaitu digabung 4 atau 8biji adakah berguna? satu lagi yg mana betul tweeter di pasang pd bahagian bawah plat kayu atau atas? Adakah jenis tweeter yg sesuai utk suara luar(external)?
Berkanaan suara, Suara jenis manakah harus diguna pakai pada lubang antara lantai? Serta suara rakamam, adakah dalam bentuk stereo atau mono? TERIMA KASIH.
By ez kel on Feb 25, 2009