‘The great value of bird’s nest’ Sarawak’s special
November 18, 2008 – 9:45 am
Sarang burung sebagai bahan ubatan traditional telah dikenali sejak beribu tahun yang lalu. Khasiat sarang burung walit dipercayai dapat meningkatkan kualiti kesihatan.
Bird’s nests dihasilkan dari saliva swiftlets. Terdapat lebih daripada 76 spesis burung layang-layang (swiftlets) didunia. Hanya 17 spesis sahaja yang menghasilkan ediblenest. Sebahagian daripada swiftlets memakan sea-products dan sebahagian yang lain memakan serangga terbang.
Bird’s nest’ kaya dengan protein yang tinggi kandungsn zat calcium dan iron. Protein yang terdapat dalam sarang burung senang diserap oleh sistem tubuh manusia.
Kajian mendapati bahawa sarang burung mampu menghasilkan sistem ketahanan pada tubuh badan, melancarkan peredaran darah, rawatan penyakit astma dan banyak lagi khasiat.
Lawatan hari kedua saya di Kuching ke Sinpiao (Borneo) Sdn Bhd. Perniagan keluaga Voon’s sejak 1950′an. Diantara produk bird’s nest’ yang dikeluarkan oleh syarikat ini ialah white house nest’, bashi cave nest, golden swallow nest pieces, red swallow nest’ pieces, golden nest ball, red nest ball dan lain-lain.
Kehadiran pelawat ke syarikat ini akan dipertontonkan dengan tayangan
video pemungutan sarang burung dari rumah burung dan juga gua. Cara memproses dan membersih sarang juga ditunjukan kepada pengunjung. Lain-lain perkara yang ditunjikkan kepada pelawat ialah cara memasak sarang dan khasiatnya.
Daripada pemerosesan sehinggalah mengeluarkan produk sarang burung mampu membuka peluang pekerjaan dan perniagaan kepada masyarakat. Seharusnya usaha yang sebegini harus dicontohi.
You must be logged in to post a comment.