Pembelajaran dari strategi lautan biru di Dumai dan Duri, Indonesia
November 13, 2008 – 8:49 amPerlumbaan untuk memiliki rumah walit berada pada tahap yang tidak terkawal lagi oleh pemerintah. Susun atur perbandaran tidak terkawal. Terdapat bangunan yang kehadapan dan ada yang kedalam. Bandarnya tidak tersusun dan menyakitkan mata.
Aktiviti ekonomi menjadi semakin malap. Jika dahulunya Dumai adalah destinasi untuk pelancungan tetapi kini hanyalah bandar pelabuhan untuk industri petrolium dan minyak kelapa sawit. Tidak ramai pelancung yang berkunjung kesini. Aktiviti untuk pelancungan amat berkurangan.
Tidak banyak hotel disini yang ada hanyalah dua tiga buah sahaja. Itu pun tidak ramai pengunjung yang menginap. Tidaklah menjadi suatu yang pelik jika hotel telah ditukar menjadi rumah burung walit.
Pembangunan masih rancak disini tetapi sebahagian besar bangunan yang sedang dibina hanyalah untuk rumah walit sahaja. Hanya ditingkat bawah sahaja yang digunakan untuk disewa bagi aktiviti perniagaan. Oleh kerana struktur tanah disini adalah tanah gambut maka bangunan yang melebihi 4 tingkat tidak boleh didirikan kerana melibatkan kos yang besar.
Masyarakat di Dumai amat mesra sekali malah pergaulan mereka melepasi batas perkauman. Ekonomi disini dikuasai oleh kaum melayu. Amalan agama amat kuat terdapat banyak mesjid didirikan. Kebanyakan mesjid adalah sumbangan masyarakat bukannya dibangunkan oleh pemeritah.Contohnya sebuah mesjid yang sangat indah dan besar adalah derma seorang jutawan Haji Pandi yang memiliki 100 buah rumah burung walit.
Saya difahamkan ramai pelabur dari Singapura dan Johor membangunkan rumah walit disini menjadikan industri walit begitu rancak. Orang yang kaya tidak dianggap kaya jika mereka tidak memiliki rumah walit. Rupanya memiliki rumah walit adalah gambaran identiti orang kaya disana. Maka dengan itu mereka tidak kisah sangat sama ada rumah walit mereka menghasilkan pulangan yang maksima atau tidak. Oleh itu peluang konsultan untuk meneroka pasaran disana sangat besar. Tahniah diucapkan kepada konsultan MZN Niaga Kuala Terengganu yang di ketuai oleh En. Mohd Zabri bin Nawang yang berjaya meneroka pasaran di Dumai, Indonesia. Walaupun pengalaman tidak sehebat konsultan yang lain di Malaysia. Namun dengan kemahiran teknologi komputer yang dimiliki mereka berjaya meneroka pasaran di luar Malaysia.
You must be logged in to post a comment.