Masalah dan risiko projek rumah burung walit
October 6, 2008 – 9:37 am
Risiko yang terpaksa dihadapi dalam pembangunan rumah burung tidaklah besar berbanding dengan projek pertanian yang lain. Seperti projek fertigasi pertanian, perladangan dan penternkan yang lain. Projek-projek ini akan mengalami kesan yang besar bila ekonomi dunia jatuh merudum sepertimana yang berlaku pada hari ini. Ekonomi meleset akan berlakulah kenaikan kos operasi sesuatu projek. Kos tenaga boruh, kos baja, kos makanan ternakan dan sebagainya. Keadaan ini tidak mungkin berlaku pada industri ternakan burung walit. Ini adalah kerana ternakan walit tidak melibatkan kos operasi atau overhead kos yang tinggi. Jika ada pun kosnya sangat minima ia itu kos eletrik dan air sahaja. Sekali sekala kos mengantikan peralatan baru yang rosak. Projek burung walit pelaburan hanya sekali ia itu membina bangunan atau membeli bangunan dan ianya boleh diwarisi hingga ke anak cucu. Pewaris pula tidak perlu kemahiran dalam industri ini andainya projek tersebut sudah berjaya. Terima sahaja hasilnya hari demi hari, bulan demi bulan dan tahun demi tahun. Senangnya jadi pewaris kepada pemilik rumah burung.
Walau bagaimana pun apa jua projek yang kita laksanakan tetap mempunyai risikonya. Risiko tetap ada sama ada kecil atau besar. Diantara risiko yang terpaksa dihadapi ialah :-
Bangunan siap tapi burung tidak datang atau pun burung datang tetapi tidak menginap ,Ada juga keadan dimana burung menginap tetapi tidak membuat sarang. Membuat sarang tetapi tidak membiak dan bertambah. Semua ini boleh diatasi dengan kecanggihan teknologi pada hari ini. Sebab dalam industri ini kita tidak boleh berserah pada nasib semata-mata.
Haiwan pemangsa burung seperti burung helang, burung hantu dan sebagainya. Ini dapat diatasi dengan pemilihan lokasi yang sesuai. Teknik-teknik tertentu yang digunakan mampu mengatisi risiko seperti ini. Jika rumah burung kita dimasuki biawak umpanya. Zink boleh dipasang dikeliling bangunan.
Begitu juga makhluk perusak sarang dan telor seperti tikus, semut, cicak dan biawak. Ini akan dapat diatasi dengan menggunakan racun serangga dan perangkap tkus.
Risiko kecurian daripada daripada makhluk bernama manusia yang tidak bertanggung jawab kita boleh menggunakan sistem keselamatan yang yang canggih akan digunakan termasuklah khidmat pengawal keselamatan. Bomoh boleh juga kooo….t..
Setakat ini risiko pasaran belum terjadi kerana permintaannya sangat besar sedangkan bekalannya masih tidak mencukupi.
Walau bagaimanapun saya nasihatkan anda jangan terperangkap dengan kosep pelabuaran rumah burung walit ala skim cepat kaya…..
You must be logged in to post a comment.