Seminar Strategi Jitu Memikat Walit di Jakarta pada 6&7 Disember 2008
September 2, 2008 – 11:57 am
Jakarta 2 September 2008 Pembicara utama seminar strategi jitu memikat walit akan menganjurkan seminar yang ketiga pada 6& 7 Disember 2008. Bertempat di Jakarta, Indonesia. Selepas kejayaan cemerlang seminar di Pulau Kapas Terengganu Malaysia dan Pontianak penyelidik dan penulis buku Strategi Jitu Memikat Walit meneruskan lagi perkongsian ilmu dan pengalaman dengan peminat burung walit. Walau bagaimanapun jahaniwalit.com tidak dapat hadir sama kerana menunaikan fardhu haji di Mekah. Rakan-rakan yang lain mungkin turut serta.
Seminar yang dikendalikan Pak Hendri Mulia luar biasa dan berbeza dengan seminar yang lain kerana pendedahan yang jujur tanpa sembunyi apa jua aspek yang terlibat dalam industri walit. Nasihat yang diberi oleh Hendri mulia cukup praktis untuk diamalkan oleh pembudi daya walit.
Teknik yang dilaksanakan sekarang mungkin tidak releven lagi pada masa ini kerana banyaknya persaingan atau apa yang dikatakan rumah mencari burung bukannya burung mencari rumah macam dahulu. Dahulu buatlah rumah burung macam manapun pasti lambat laun akan dihuni walit
Menurut Pak Jeff pakar suara walit dari Kuala Terengganu, kegagalan pengusaha rumah walit di Terengganu adalah kerana kesilapan teknik. Ini termasuklah teknik suara, ventilasi dan juga lubang antara latain Pak Jeff yang banyak membuat penyalidikan tentang walit di Tetengganu khususnya bagi rumah walit yang gagal mendapati ramai pengusaha membina rumah burung tanpa ilmu dan secara tiru tiruan atas nasihat tukang rumah. Hari ini tukang rumah pun mengaku jadi konsultan.
Pak Hendri adalah rakan karib Pak Jeff yang juga pembicara tamu seminar di Pontianak . Pak Jeff dan Pak Zabri dalam swiflet Management banyak mengelolakan rumah burung walit yang gagal di Terengganu.Hadirlah seminar pasti anda tidak kerugian dan akan menjadi pembududaya yang sukses.
One Response to “Seminar Strategi Jitu Memikat Walit di Jakarta pada 6&7 Disember 2008”
pa ada od ym g,apa?
emailnya apa?
By dacon on Sep 12, 2008