Rumah burung walit En Zabri di ceroboh lagi
August 25, 2008 – 4:40 pm
Rumah burung walit En Zabri
Kuala Terengganu 25 Ogos 2008 . Pencuri menceroboh masuk kerumah burung Pak Zabri dengan mengumpil 3 kunci mangga pintu besi. Kejadian ini disedari awal pagi tadi bila Pak Zabri membuat pemeriksaan rutin ke rumah burung tersebut. Kesemua 5 biji audio system dilarikan penceroboh. Menurut Pak Zabri pencuri hanya mengambil peralatan audio sahaja tanpa mencuri sarang burung yang ada. Nampaknya modus operandi sama dengan kecurian yang terjadi pada rumah burung beliau yang satu lagi pada 17 mei 2008 yang lalu.
Perlu diingat bahawa hari ini ramai pelabur yang mencuba dalam industri burung walit dengan kos ratusan ribu. Dikalangan mereka tidak pula arif dalam teknik memikat walit ini. Sebab itu terdapat rumah burung yang telah beroperasi 2 hingga 4 tahun tapi hasilnya masih belum memuaskan. Malah ada rumah burung yang dianggap gagal oleh pemiliknya. Ramai juga yang percaya suara memainkan peranan yang penting. Sebab itu mereka memerlukan suara yang berkualiti.

2 Responses to “Rumah burung walit En Zabri di ceroboh lagi”
mantabnya suara sampai orang nak curi. Bisa kasih dengar suara cam mana tuh. Ada tak suara bikin saya kaya? Saya nak belilah.
By stefan on Aug 30, 2008
Kalau dah dengar suaranya dah tak hebat lagi. Ngak komercial lagi macam suara yang berlambak di pasran tu.
By jahani on Sep 3, 2008