Vietnam sedang berkembang pesat membangunkan industri walit
July 24, 2008 – 8:15 am24 Julai 2008 Ho Chi Minh City Jahaniwalit.com bersama rakan-rakan Pak Jeff dan Zabri berada disini untukĀ meninjau potensi walit di Vietnam khususnya berkaitan dengan pemperosesan sarang burung disini. Kami dimaklumkan bahawa industri pemperosesan disini agak kehadapan.
Masa depan industri walit berkembang dari Indonesia ke Malaysia dan seterusnya menuju kenegara membangun yang lain seperti Vietnam dan Filifina. Ini adalah kerana pergerakan burung yang mampu berhijran dari satu tempat ketempat yang lain untuk memburu makanan. Contohnya bila berlaku kebakaran hutan di Kalimantan Indonesia dan juga kemarau yang panjang walit pindah ke daerah lain yang mempunyai makanan ini kerana ia terpaksa bersaing untuk mendapat makanan. Oleh kerana keupayaan walit terbang cukup hebat ia mampu berhijrah dari satu negara ke suatu negara yang lain.
Wali mampu terbang selama 40 jam tanpa berhenti untuk makan dan minum membolehkannya berhijrah dari dari satu kepulauan ke kepulauan yang lain di Indonesia. Begitu juga ia boleh berpindah dari Indonesia ke Malaysia atau Vietnam. Oleh itu pengusaha harus berhati dalam membangunkan industri ini kerana jika tersilap membuat perhintungan pelabur akan mengalami kerugian yang besar.
Apalah gunanya membuat projek yang besar sekiranya ianya tidak mendatangkan pulangan yang besar. Mewujudkan sebuah centra walit yang baru sebenarnya ada pro dan contranya. Ini kerana pembangunan rumah walit dikawasan centra walit kita perlu bersaing dengan rumah walit yang lain. Oleh itu kita perlu pengalaman dan pengetahuan yang terkini sesuai dengan perkembangan teknologi semasa.
Janganlah kita terlalu ego dengan teknologi lama yang kita ada konongnya pengalaman itu adalah segalanya. Tahukan anda untuk belajar dari pengalaman kita tidak perlu melalui sendiri pengalaman tersebut. Memadailah anda belajar dari pengalaman orang lain kan itu lebih bijak dan lebih cerdik. Pengalam orang lain kita gabungkan dengan teknologi yang terkini untuk kita bergerak lebih pastas dalam industri ini.
Oleh yang demikian Swiflet Industry cuba meneroka pengalaman rakan-rakan di Indonesia, Vietnam dan lain-lain negara yang terlibat dengan industri ini. Jahaniwalit.com bersedia berkongsi pengalaman tersebut dengan anda. Tolong jangan cemburui keikhlasan kami.
You must be logged in to post a comment.