Seminar Memikat Walet Jitu oleh Pak Hendry Mulia Mendapat Kejayaan Gilang Gemilang di Pontianak

July 23, 2008 – 8:32 am

Pontianak 20 Julai 2008 Sambutan hebat seminar Strategi Jitu Memikat Walet yang dikendalikan oleh   Pak Hendri Mulia  yang juga pengarang buku “strategi jitu memikat walet”. Seminar yang diadakan di Gajah Mada Hotel Pontianak, Indonesia dihadiri oleh 68 orang peserta dari Negara Malaysia, Indonesia dan Brunei. Sekali gus seminar ini juga merupakan perhimpunan atau perjumpaan ahli-ahli forum  Kelab Penternak Walet (KPW) yang cukup popular di Internet dikalangan pengusaha rumah burung walet di Malaysia dan Indonesia .

Penganjuran yang diadakan kali ini adalah lebih mantap berbanding dengan seminar di Pulau Kapas Malaysia pada Mach yang lalu. Tahniah kepada CEO seminar Pak Eddy Salim yang menyusun aturcara seminar begitu baik dan mantap sekali. Seminar pada kali mendapat liputan akhbar (Koran)  dan TV Indonesia.

Rata-rata peserta berpuas hati dan bersetuju memberi ranking yang terbaik berbanding dengan seminar yang pernah mereka hadiri sebelum ini. Menurut Pak Mohamad Yunus di Kuching Sarawak, seminar ini adalah yang terbaik dan pendedahan yang jujur dan ikhlas oleh Pak Hendri. Maklumat yang diberi adalah berdasarkan kajian oleh Pak Hendri sendiri. Bayaran yang dikenakan amatlah rendah berbanding dengan ilmu dan pengetahuan yang diperolehi.

Pak Benchai daripada Miri Serawak secara peribadi memberikan ranking yang paling tinggi dan akan terus menghadiri seminar yang dikelolakan oleh Pak Hendri dimasa akan datang kerana pasti ada maklumat dan tip-tip terbaru dari Pak Hendri.

Pak Abdul Razak Ahli Majlis Daerah Marang berpendapat pegawai pegawai kerajaan patut hadir seminar sebegini untuk mendapat gambaran sebenar industri walet.

www.jahaniwalit.com melaporkan dari Pontianak Indonesia

You must be logged in to post a comment.