Penanaman gaharu untuk projek rakyat.
July 4, 2009 – 3:08 am
Gaharu tidak asing bagi rakyat Terengganu. Gaharu diperolehi dari pokok karas atau candan ia dikenali juga sebagai pokok depu. Gaharu asli diperolehi dari hutan Tropika dan mempunyai permintaan yang sangat tinggi untuk industri minyak wangi. Namun begitu akibat daripada exploitasi hutan yang tidak terkawal spesis gaharu yang ada telah hampir pupus.
Penemuan kaedah baru dalam penghasilan gaharu dari dari negara Asia yang lain amat mengejutkan. Ini merupakan suatu peluang baru untuk diterokai di negara ini. Vietnam umpamanya telah berjaya menghsilkan kayu gaharu dari spesis yang terbaik dari pokok yang mereka tanam sendiri . Penanaman pokok gaharu mengambil masa yang singkat untuk diproses. Ianya mengambil masa 5 tahun sahaja untuk mengeluarkan hasil. Teknologi yang telah digunakan oleh Vietnam telah terbukti berjaya.
Terengganu mempunyai cuaca dan struktur muka bumi yang hampir sama dengan Vietnam dan potensi untuk spesis tersebut tumbuh dengan baik di Terengganu sangat tinggi. Memandangkan ia adalah spesis yang terbaik, maka ia sepatutnya dijadikan projek untuk sumber ekonomi baru negeri ini. Oleh kerana teknologi bagi menghasilkan gaharu diperolehi melalui kajian dan penyelidikan yang lama dan ianya terbukti berjaya melalui teknik inokulasi. Teknik inokulasi ialah kaedah aruhan ia itu memberi sejenis suntikan pada batang pokok supaya ia mengeluarkan resin kayu gaharu .
Kesedaran dan pengetahuan mengenai potensi gaharu sabagai sumber pendapatan baru kepada Negeri Terengganu patut diberi pendedahan kepada rakyat negeri ini. Dimana penanaman gaharu boleh mendatangkan pendapatan yang lumayang kepada rakyat Terengganu khusus kepada penduduk diluar Bandar. Penanaman gaharu sangat sesuai untuk dijadikan sumber pendapatan tambahan kepada rakyat Negeri Terengganu. Rakyat yang terlibat dalam projek ini tidak perlu memberi tumpuan sepenuhnya untuk menjaga pokok gaharu dan dapat menjalankan kerja-kerja lain untuk pendapatan keluarga. Penjagaan dan pemeliharaan pokok gaharu sangat minima dan boleh dijadikan sebagai kerja sampingan sahaja.
Maaflah jika pihak berwajib tidak menyetujuinya, ini hanyalah cadangan saya sahaja. Negeri-negeri lain boleh juga boleh memikirkannya sebagai projek PPRT. Saya percaya Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) boleh mengkaji cadangan ini untuk pembangunan rakyat luar bandar. Sesungguhnya projek PPRT ini kena berfikir diluar kotak sedikit, baru boleh berjaya ia itu kena lari sedikit dari projek biasa seperti bantuan pertanian yang telah biasa dibuat.
Jika anda berminat mengenai perkara ini anda boleh hubungi Encik Zabri (0199341226 atau e-mail : zabri@yahoo.com ) untuk mendapat keterangan lanjut.
M






























Produk industri asas tani yang bernilai tinggi adalah kayu gaharu. Hanya dengan keluasan tanah satu ekar , terdiri dari tanah kebun atau tanah terbiar anda
Pobia terhadap projek perladangan sentang ramai yang memandang sepi terhadap potensi pokok gaharu. 20 tahun yang lalu Kerajaan Negeri melalui Exco Pertanian ketika itu melancarkan kempen untuk perladangan pokok sentang. Projek ini berasal dari Thailand, bekalan anak benih berasal dari sana. Ramai juga orang Setiu yang ada tanah khususnya di kawasan Sungai Tong yang terlibat dengan projek ini.
. Jika anda malas untuk membuat penyelidikan jangan salahkan orang lain jika tertipu . Dalam keghairahan orang ramai hendak tanam gaharu ada pihak tertentu mengambil kesempatan menganjurkan seminar lepas itu jual anak gaharu dengan harga yang mahal.
Bagaimana pula dengan potensi gaharu apakah ianya lebih hebat daripada burung walit. Pasaran untuk sarang burung walit hanya datang dari masyarakat China diseluruh dunia. Bangsa Arab dan Eropah tidak meminati sarang burung walit ini. Apa akan terjadi sekiranya orang China tidak mahu makan (boikod) sarang burung walit lagi. Habis pengusaha burung walit akan gulong tikar. Berbeza dengan gaharu. Ia adalah bahan asas untuk industri minyak wangi. Permintaan untuk wangian melampaui batas bangsa , agama dan negara. Semua agama galakan wangian. Begitu juga bangsa, tiada bangsa yang tidak suka kepada wangian. Nilai pasaran gaharu terlalu besar berbilion dollar USD. Penawaran yang ada tidak mampu
Terengganu terdapat dua buah pertubuhan
Bagi menentukan survible pertubuhan ini pihak pengurusan yang diamanahkan untuk menjaga harta anak-anak yatim telah bertungkus lumus melaksanakan perbagai projek untuk meningkatkan pendapatan mereka. Bagi PERKAYA mereka telah melaksanakan projek integrasi diladang sawit mereka. Projek ternakan lembu dan kambing prima telah member kejayaan yang sangat baik.
Hasan telah memilih MZN Niaga Kuala Terengganu sebagai konsultan untuk membina projek rumah burung walit diladang integrasi PERKAYA di Kemaman. Ujian kesesuaian lokasi telah telah dilaksanakan oleh MZN Niaga pada hari ini 14 April 2009 di Cheneh Kemaman . Penyerahan dokumen persetujuan tersebut disaksikan oleh wakil PERKASA Tuan Haji Halim Muhamad dan En. Din selepas ujian lokasi diladang sawit PERKAYA.